“Unplanned Istanbul Aku Datang Reunion” Lisa Surihani Akui Kagum Dengan Tomok Di GV9!

Siapa sahaja yang pernah tonton filem “Istanbul Aku Datang” pasti tahu tentang dua gandingan mantap ini iaitu Lisa Surihani dam Tomok.
Iospital phone repair gombak
Jalan cerita yang bertemakan romantik komedi ini juga menyelitkan scene-scene sedih membuatkan ramai tersentuh.

Baru-baru ini heroin filem tersebut, Lisa Surihani berkesempatan menonton secara langsung Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Ahad lalu dan sempat bertemu sekaligus menitipkan dedikasi buat rakan artis yang kini sedang bersaing.

Dalam memberikan pujian kepada salah seorang peserta, Tomok, Lisa sempat berseloroh mengatakan moment tersebut sebagai ‘reunion’ filem Istanbul Aku Datang.

“Unplanned mini Istanbul Aku Datang reunion. Happy to see Azad and my dear sister Tisha again after so long. Tomok, Lisa tumpang happy and kagum tengok Tomok perform setiap minggu smpai look forward nak tengok apa agaknya creativity menarik yang akan Tomok persembahkan no matter what challenge.”

“You have always been so humble dan tak boleh nafikan juga, Tomok ada courage yang tinggi menyahut cabaran dan nampak sangat Tomok kerja keras dan tidak senang putus asa.”

“Kualiti pendirian yang dihormati. Alhamdulillah, mara ke minggu seterusnya! All the best for the final two weeks!,” tulisnya di Instagram.

Tidak cukup dengan itu, Lisa turut memuat naik foto bersama isteri Beto Kusyairi serta berkongsi dedikasi kepada Jaclyn Victor.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen akui rindu dengan gandingan mereka berdua dalam filem Instanbul Aku Datang bahkan akui tidak jemu menonton filem tersebut.

Antara komen warga maya:

“Istanbul aku datang best bukan setakat sebab jalan cerita yang best tapi sebab pelakon yang best2..”

“Tengok ulang2 pon tak jemu”


“Istanbul aku datang ni memang evergreen.. cerita cute and dia punya suasana sangat tenang.. tak pernah jemuu.. cerita tu ada vibes sendiri”


Perkongsian yang tular di laman Instagram: