Gadis Terperangkap Banjir, Aksi Ibu Bapa Mangsa Redah Air Buat Netizen Terharu

Keadaan cuaca tidak menentu yang kian melanda negara merisaukan orang ramai.

Lagi-lagi sejak kebelakangan ini sering hujan lebat menyebabkan beberapa buah negeri terlibat dalam musibah banjir.
Iospital phone repair gombak
Oleh kerana kenaikan paras air yang tidak dijangka-jangka, ada individu yang tidak sempat menyelamatkan diri ke tempat selamat.

Sama seperti yang terjadi baru-baru ini kepada seorang gadis di mana dia terperangkap di tempat kerja seorang diri gara-gara banjir.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, gadis itu berada di tempat kerja sementara menunggu ketibaan ahli keluarga untuk menjemputnya. Yang membuatkan gadis ini lebih cemas, paras air hujan semakin naik ketika itu manakala dia pula hanya berseorangan di tempat kerja.

Paras air yang tinggi juga menyebabkan beberapa kenderaan terpaksa berpatah balik kerana tidak dapat meneruskan perjalanan. Pun begitu, kedua ibu bapanya tetap memandu untuk menjemputnya.

Kemudiannya gadis itu menerima panggilan telefon daripada ibunya memaklumkan kereta mereka tersangkut di dalam longkang dan tidak dapat bergerak. Mereka juga cuba untuk menolak semula kereta tersebut namun gagal dan kembali menunggu di kilang tempatnya bekerja.

Dalam pada itu, banjir yang tidak surut juga menyebabkan mereka terpaksa berlindung di situ sementara menunggu bantuan. Difahamkan, kira-kira jam 10 malam pasukan bomba tiba untuk menyelamatkan mereka dan berjaya membawa mereka keluar dengan selamat.

Meninjau ke ruangan komen, netizen sebak melihat pengorbanan yang dibuat oleh kedua ibu bapa gadis ini yang cuba menyelamatkan anak perempuan mereka. Selain itu, netizen turut bersyukur kerana semuanya selamat. Malah mereka mendoakan agar urusan keluarga ini dipermudahkan.

Antara komen netizen:

“Alhamdulillah 😭😭 nangis sye tengok sebab awak tggu parents awak. Risau awak dgn parents awak”


“ya Allah tiba2 rasa sebak. Mcm mana pun kesusahan anak ibu ayah berusaha utk membantu dah tak fikir apa akan jadi nanti yang penting anak selamat.”

Hantaran yang tular:

@_.chajaa.jaa._ Replying to @surihani 4 jam terkandas banjir. Alhamdulillah, semua baik2 jea🥺Thank you yang mendoakan🥹Pukul 11 malam baru selesai semua❤️ #fypシ #foryou #foryoupage #foryourpage #tiktokpeliyfyp #banjir ♬ original sound – Ikmal Alif