Terlalu Seram, Pihak Wayang Terpaksa Pause Movie Selepas Seorang Wanita Tonton Cerita Seram Dirasuk

Mesti ramai di antara korang yang gemar menonton filem seram, kan? Kadang-kadang bukan berani sangat pun. Tapi disebabkan ada teman, korang gagahkan juga diri untuk habiskan movie tu.

Tapi pernah tak korang alami situasi pelik masa pergi tengok movie dekat wayang macam yang terjadi di negara jiran ni?

Seorang gadis bernama Eca telah menonton sebuah filem seram di panggung wayang. Namun tanpa gadis tersebut duga, seorang wanita yang sama panggung dengannya telah dirasuk!

Kejadian tersebut bukan sahaja menakutkan penonton yang lain, malah tak senang duduk dibuatnya! Wanita yang dirasuk itu siap bercakap dalam Bahasa Sunda.

Disebabkan panggung wayang merupakan ruang tertutup, suara wanita dirasuk tadi lantang didengar. Selain merintih, wanita itu juga mengilai dan menjerit!

Oleh kerana keadaan menjadi semakin tegang, filem terpaksa diberhentikan seketika sementara mereka menyelesaikan kejadian kerasukan wanita tersebut.

Ada juga netizen yang berkata mungkin punca kejadian tersebut datangnya dari wanita itu sendiri kerana lemah semangat.

Tak lama kemudian, petugas di situ membawa wanita tersebut keluar dan filem pun dimainkan semula namun kali ini dengan lampu panggung yang terpasang.

Video yang dikongsikan Eca di TikTok tular dengan tontonan sebanyak 10.7 juta dan 783.4 ribu tanda suka!

Video yang tular di laman TikTok

@callme.eca1 serem bgt sampe di pause film nya 😳 #horror #horrorstory #bioskop #ceritakita #KredivoSefleksibelItu #fyp #berandafyp ♬ suara asli – Eca🎀

@callme.eca1 Balas @callme.eca1 abis ini langsung dibawa keluar sama petugasnya guys, trus kita lanjut nonton tapi lampunya dinyalain 🥲 #horror #horrorstory #bioskop #fyp #bandung ♬ Horror atmosphere piano & SE. – Kohrogi

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut meremang melihat situasi yang terjadi itu. Malah tak dapat mereka bayangkan kalau mereka di tempat kejadian.

Berikut antara komen-komen yang diberikan netizen di TikTok

“tak pernah tengok wayang pause movie 😂”

“Nicelah beli 2D dapat 5D”


“kalau ak lari dlu dahhh…bahse thai ke tu”

“jika lemah semangat tidak elok ditonton filem seram..jin akan menguasai diri..”