Aneh Kucing Seekor Tiba2 Jadi 3! Berkali-kali Tengok Masih Tak Dapat Jawapan

Selalunya kita nampak oyen je yang selalu cari pasal, buat benda pelik-pelik dekat media sosial kan? Kali ni giliran geng uteh pula nak beraksi.

Kejadian kali ini bukan sahaja membingungkan malah sekali tengok, memang tak boleh brain! Mesti tertanya-tanya dan pelik!

Beberapa hari lepas, TV3 Malaysia ada memuat naik satu rakaman CCTV yang memaparkan seekor kucing sedang santai berjalan di kawasan tersebut.

Rakaman yang dikongsi secara tidak langsung menimbulkan hairan ramai. Malah mereka turut berdebat menjelaskan apa yang sebenarnya terjadi dalam video tersebut.

Pada mulanya seekor kucing berwarna oren berjalan dengan tenang, kemudian dia disapa dengan seekor kucing putih yang entah dari mana datangnya, menyusul dari belakang.

Si oyen yang tak perasan kewujudan uteh tiba-tiba diserang dari belakang menyebabkan dua ekor kucing tersebut berkelahi dan bergelut sesama sendiri!

Pada mulanya kelihatan oyen dan uteh sahaja yang sibuk bergaduh. Tiba-tiba pada saat seterusnya wujud lagi seekor kucing berwarna putih ikut bergaduh sekali!

Kedatangan kucing ketiga tersebut menimbulkan persoalan serta mencetuskan rasa hairan kepada ramai.

Ada juga di antara mereka yang berseloroh mungkin kucing tersebut macam BoBoiBoy yang boleh dipecah-pecahkan mengikut kuasa.

Video yang tular di Instagram

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Oleh kerana sakan bergaduh, bulu-bulu kucing tersebut dilihat berterbangan di atas simen.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menerangkan sebenarnya kucing ketiga datang dari arah bawah dengan pantas menyebabkan kebanyakan daripada kita tak perasan dengan kedatangannya itu.

Dalam pada masa yang sama, ada juga yang sempat berseloroh kerana terhibur dengan gelagat tiga ekor kucing itu.

Berikut antara komen-komen menarik yang diberikan netizen di Instagram

“Dia dtg dari bawah min”

“uteh kuasa dua 😳”


“Kusangkan dua, rupanya tiga…jamil²😂😂”

“BOBOIBOI KUASA 3 😂😂😂”