Terlalu Cuak Lafaz Akad Nikah, Pengantin Berlari Peluk Ibu Untuk Tenangkan Diri & Minta Restu

Perkahwinan sudah tentu merupakan saat yang menjadi impian setiap pasangan. Di dalam proses perkahwinan, akad nikah merupakan salah satu saat yang paling getir dan mendebarkan sang pengantin khususnya pengantin lelaki.
Iospital phone repair gombak
Melalui si wali, dengan satu genggaman tangan sahaja dan luahan akad nikah ‘Saya Terima’ sudah cukup menggetarkan lutut si lelaki tersebut.

Sama juga seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki terlalu nervous sehingga mempunyai cara tersendiri untuk menenangkan diri mencuri perhatian ramai.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @rianyana2, dapat kita lihat lelaki ini dan bakal isteri serta ahli keluarga berada di sebuah masjid untuk sesi ijab dan kabul.

Pada awalnya, kelihatan dia sedang duduk di hadapan jurunikah dengan reaksi wajahnya yang begitu gementar.

Tok kadi meminta pengantin lelaki untuk berlatih lafaz akad nikah tetapi pengantin lelaki dilihat begitu gementar sambil matanya memandang sekeliling seperti mencari seseorang.

Rupa-rupanya dia sedang mencari ibunya lalu bangun untuk mendakap si ibu agar lebih tenang dan menghilangkan perasaan gemuruh.


Dalam masa yang sama, dapat kita lihat ibu pengantin lelaki dan seorang mak ciknya memberikan kata-kata semangat buat pengantin lelaki itu.

Difahamkan, dia memeluk ibunya bukan sekadar menenangkan jiwa namun turut memohon restu sebelum dia melafazkan akad nikah berkenaan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terharu melihat lelaki tersebut yang jelas mengutamakan ‘syurga’nya dalam apa jua keadaan.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang akui lafaz akad nikah merupakan detik yang paling gemuruh kerana tanggungjawab yang bakal dipikul adalah besar iaitu sebagai suami dan juga ayah.

Antara komen warga maya:
“Walau muka nampak panas baran sekali pun, bab jiwa ni payah nak sembunyi.”

“Saat dia peluk mak tu, yang tak tahan air mata ni pun menitik jugak wei.”


“Terus cari mak, itu yang sebaiknya.”

“Sekeras-keras hati lelaki dia takkan lupakan ibunya, tempat bergantung selagi ada hayat ibunya.”

Video yang tular di laman TikTok:

@rianyana2♬ Kabhi Hasna Hai Kabhi Rhona Hai – MUSIC_MASU