Berkenan Dengan Isteri Orang Masa Konvoi, Lelaki Tergamak Hantar Sihir Kerana Cemburu

Pada zaman yang serba moden ini, masih ada segelintir individu yang tidak boleh melihat kebahagiaan dan kesenangan orang lain sehingga bertindak untuk menggunakan ‘cara halus’ iaitu ilmu hitam untuk memecah belahkan manusia demi memuaskan hati sendiri.

Iospital phone repair gombak

Manakan tidak, lihatlah ada yang disihir perniagaan sehingga perlu ‘gulung tikar’, ada juga yang bercerai suami isteri dek kerana disihir malah ada juga yang disihir sehingga meninggal dunia. Memang tidak berhati perut.

Pelbagai cara yang boleh kita ikhtiar dan salah satu daripadanya berjumpa dengan pakar rawatan islam.

Sama juga seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita terkena sihir setelah menghadiri konvoi mencuri perhatian ramai.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @ekkanabila_bella, dapat kita lihat seorang wanita sedang berubat di sebuah rumah mencuri perhatian ramai.

Difahamkan dia telah disihir oleh salah seorang kenalannya dan apa yang lebih mengejutkan adalah dia menceritakan semua perkara kepada pengamal perubatan Islam ketika disoal.


Sewaktu pengamal perubatan Islam bertanyakan dari mana datangnya, ia memberitahu bahawa tuannya mula berkenan dengan wanita itu masa konvoi kereta. Makhluk halus itu marah kerana setiap kali keluar, pasti ada si suaminya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap segelintir individu yang dengki dengan kebahagiaan orang lain sehingga melakukan perbuatan syirik.

“Aku percaya benda ni sebab pernah jadi dekat kawan sendiri, bini dia kawan dari group kereta nak try. Macam-macam hal, macam takda perempuan lain” – Netizen

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang akui percaya dengan cerita tersebut berdasarkan pengalaman tersendiri yang sedia ada.

Antara komen warga maya:

“Sebab tu tak leh bawa bini kalau jumpa kawan2 laki”

“Sebab tu suami aku tak pernah show bini dia ni kat member2 langsung..”


“Zaman sekarang tak payah bomoh2.. masing sama naik”

Video yang tular di laman TikTok:

@ekkanabila_bella G konvoi ada hok bekenan.Terus sihir macam tu je🥴🥴 #eddykayusof #perubatan #Konvoi ♬ original sound – EKKA | PAKAR BAKAR SEMUA LEMAK – EKKA | PAKAR TURUN BERAT BADAN

@ekkanabila_bella Replying to @scorpion1980 ♬ original sound – EKKA | PAKAR BAKAR SEMUA LEMAK – EKKA | PAKAR TURUN BERAT BADAN

@ekkanabila_bella Replying to @Puteri ♬ original sound – EKKA | PAKAR TURUN BERAT BADAN