“Esok berhenti!” Pekerja Tanggung Malu, Aksi Hebat Akhirnya Berakhir Dengan ‘Tragedi’

Pasti ramai diantara kita yang mempunyai pengalaman memalukan dalam kehidupan seharian bahkan ada juga yang tahap malunya tu sampai rasa taknak keluar bilik!
Iospital phone repair gombak
Apatah lagi bila moment memalukan itu berlaku di hadapan khalayak ramai. Pastinya ia akan menjadi satu kenangan yang bukan sahaja sukar tapi tak akan dilupakan.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana lelaki yang bekerja di Chicken Royale berdepan dengan situasi yang sangat memalukan mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik sendiri oleh akaun TikTok rasmi Chicken Royale, dia menghidangkan makanan pada pelanggan yang ada dan sempat menghiburkan mereka dengan aksi yang hebat.

Dapat kita lihat, dia membuatkan siapa sahaja disitu terpegun melihat pertunjukkan lambungan keju cair yang ada di dalam non stick pan.

Namun, dalam pada dia membuat pertunjukan hebat itu, tanpa disangka-sangka keju yang dilambung itu tiba-tiba terkena pada lampu syiling membuatkan ramai terkejut malah ada juga yang tidak dapat menahan ketawa.


Bukan itu sahaja, Walaupun malu, pekerja itu cuba menyembunyikan perkara itu dan menghulurkan pan tersebut pada pelanggan yang memesannya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat perkara tersebut bahkan ada juga yang sempat berseloroh mengatakan lebih baik lelaki itu berhenti kerja daripada terus menanggung malu.

Bukan itu sahaja, netizen berharap agar lepas ini pekerja lebih berhati-hati dalam membuat sebarang pertunjukkan apatah lagi dihadapan orang ramai.

Antara komen warga maya:

“Ni semua salah lampu asal dia kat atas.. kan dah kena”

“First and last day at work”


“Dengar cite member segan 7 keturunan  betul ke.. Tu ah tak pergi rehearsal lagi..”

“Gaji auto turun”


Video yang tular di laman TikTok:

@chicken_royale Salah lampu bukan salah dia 🤣 #chickenroyale #foryoupage #fyp #MyFoodie #trending #makananviral #cheras #shahalam #MakanLokal #gombak #MakanLokal #cheese #sedap #viral #food #JomMakan #selangor #kualalumpur #makan #fail #epic #funny ♬ Oh No – Kreepa