[TERKINI] Kes Hina Pemergian Adib, Staf Honda Sri Utama Dibuang Kerja.

Syarikat pengedar kereta Honda Sri Utama Auto Sdn. Bhd. Jalan Genting Kelang, Kuala Lumpur pada Selasa tampil memohon maaf kepada keluarga anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim di atas komen tidak sensitif yang ditinggalkan oleh salah seorang kakitangannya di laman sosial Facebook.

Terbaru, syarikat berkenaan telah memuatnaik notis terbaru dimana mereka telah memberhentikan perkhidmatan wanita tersebut serta-merta.

Di dalam notis itu dinyatakan mereka kesal dengan tindakan wanita tersebut kerana telah melanggar polisi syarikat.

https://www.facebook.com/2013650868650203/photos/a.2034900129858610/2494125910602694/?type=3&theater

Sebelum ini,  Caryn Yean telah digantung perkhidmatannya bagi membolehkan pengurusan syarikat menjalankan siasatan dalaman.

“Kami juga akan mengambil tindakan yang setegas mungkin,” kata Chee Keong dalam satu kenyataan yang sedang tular di media sosial.

”Kami memohon maaf di atas kesilapan staf kami mengeluarkan komen yang tidak sensitif terhadap kematian anggota Bomba, Muhammad Adib.

”Kami tidak menerima dan bertoleransi dengan sikap sedemikian. Buat sementara waktu, kami telah menggantung tugas staf berkenaan dan telah memulakan siasatan dalaman.

”Tindakan tegas akan diambil. Kami mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa, ingatan kami bersama mereka di waktu susah sebegini,” kata kenyataan yang dimuat naik itu.

Komen yang ditinggalkan Caryn iaitu: “Bkn kerajaan gagal… tuhan u yg gagal xembuhkan adib…” dikecam oleh netizen

Ekoran daripada komen tersebut, segelintir netizen bertindak menularkan screenshot wanita berkenaan serta beberapa butiran peribadi termasuklah maklumat tempat kerjanya, Honda Seri Utama Auto, Setapak di Kuala Lumpur.

Bahkan, rata-rata netizen kesal dan menyelar kebiadapan wanita itu dengan mengaitkan tragedi yang menimpa Adib dengan kepercayaan agama.

Dalam reaksi di Facebook juga, netizen menggesa agar Honda mengenakan tindakan paling tegas buat Caryn sebagai pengajaran.

Dalam pada itu, jenazah Allahyarham menerima penghormatan terakhir dari pegawai kanan serta rakan seperjuangan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Bahkan lebih luar biasa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Sr Siti Hasmah Ali sendiri hadir ke Pangkalan Udara JBPM Subang untuk sama-sama menghantar Muhammad Adib menaiki Helikopter Mi17-IV.

Muhammad Adib dan Nurul Najihah merancang mengadakan majlis perkahwinan mereka pada Sabtu, 22 Disember ini.