Terkena Gangguan Mistik, Wanita Tahan Azab 11 Tahun Perut Membesar Seperti Sedang Berbadan Dua Curi Perhatian Netizen

Setiap insan pastinya tidak terlepas dengan pelbagai jenis ujian malah setiap daripada kita juga mempunyai jalan cerita yang berbeza-beza.

Namun sedarkah kita dengan adanya ujian ini sedikit sebanyak menjadikan diri kita lebih kuat daripada pelbagai sudut.

Sama juga dengan kisah yang tular baru baru ini dimana perut wanita ini kelihatan membesar seolah-olah sedang berbadan dua gara-gara gangguan mistik mencuri perhatian ramai.

Menerusi beberapa buah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @bungafloraa, difahamkan dia sudah menahan azab tersebut selama 11 tahun sehingga satu tahap dia tidak mampu menampung berat badan untuk bergerak.

Sebagai ikhtiar, dia sudah melakukan pelbagai inisiatif termasuklah mendapatkan rawatan di hospital dan secara tradisional seperti saranan orang ramai.

“Perut besar sebab mengandung tidak, makhluk halus ya. Selama 11 tahun aku hadap semua ini sehinggalah sekarang” katanya

“Hampir bertahun saya dirawat di hospital. Saya juga telah melakukan beberapa kali tebuk di bahagian perut dan pembedahan. Keadaan saya tetap sama, tiada apa yang berubah”

Walaupun ada pusat perubatan atau individu yang mengambil kesempatan mengenakan cas yang tinggi untuk rawatan yang dilakukan namun ianya sama sekali tidak menjadi penghalang buat gadis ini dan apa yang dimahukan adalah kembali sihat seperti sedia kala.


“Setiap kali orang bagitahu keluarga saya, mereka akan turuti. Walaupun jumlah yang diletakkan agak tinggi.”

“Allahuakbar hanya Tuhan saja yang tahu betapa peritnya keadaan apabila waktu sekolah keadaan perut seperti orang mengandung. Ujian demi ujian yang saya hadapi.”ujarnya

“Peritnya keadaan apabila keluarga sendiri tak percaya dengan keadaan dan situasi yang saya sendiri alami.” katanya lagi.

Peristiwa Pelik Berlaku

“Pada hari ketiga saya tinggal di hospital doktor scan ada nampak macam sesuatu dalam perut. Masa itu doktor terus dapatkan persetujuan daripada ibu bapa untuk lakukan pembedahan.”

“Mak ayah saya setuju dan masa masuk bilik bedah. Mula-mula lima orang angkat saya untuk tukar katil, badan saya tak terangkat. Mereka terus tengok file saya dan saya ketika itu memang tak boleh nak bercakap atau bergerak.”


Bercerita lanjut, gadis ini juga mendakwa badannya menjadi berat dengan tiba-tiba sehinggakan petugas hospital tidak dapat mengangkatnya dan akhirnya mereka terpaksa mendapat bantuan daripada seorang ustaz.

“Sampai je ustaz tu bacakan surah dan doa. Mereka terus angkat saya kali kedua. Alhamdulillah badan saya dah ringan sampai dalam bilik bedah. Saya dibiuskan saya sedar ustaz tu masih ada di tepi saya.”

“Kesudahannya dalam perut saya tiada apa-apa hanya ada kesan luka sahaja”

Video yang tular di laman TikTok:

@bungafloraa ALLAH UJI KERANA ALLAH SAYANG.. #mylife #ujianallahsayang #ujianallah ♬ bunyi asal – Flora🌸

@bungafloraa Balas kepada @rokozikinaskas #mylife #ujianallah #allahsayang ♬ bunyi asal – Flora🌸

@bungafloraa Balas kepada @yuyuemash .. terllu bnyak ujian yg sy lalui.. xmmpu nk certa semua😌#allahsayang ♬ bunyi asal – Flora🌸

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 654.1K tontonan, 37.1K tanda suka, 2742 komen dan 953 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen menitipkan doa agar wanita tersebut diberikan kekuatan untuk menghadapi ujian tersebut dan kembali pulih seperti sedia kala.

Tidak cukup dengan itu, para netizen juga berkongsi petua dan kenalan yang mampu merawat penyakit tersebut demi melihat wanita ini bebas daripada penyakit tersebut.