Connect with us

Viral

“Maafkan Ibu,” Gara-Gara Hidung Disapu Minyak Angin, Muka Bayi Merah & Mulut Berbuih Buat Wanita Ini Trauma

Anak bukan sahaja merupakan anugerah terindah buat setiap insan yang bergelar ibu bapa malah anak juga merupakan amanah yang perlu kita jaga sebaik mungkin dan pastinya kita akan melakukan apa sahaja untuk melihat anak kita selesa dan sihat.

Begitu juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana ibu ini berdepan dengan detik cemas setelah ‘tersilap langkah’ mencuri perhatian ramai.

Menerusi sebuah perkongsian di laman Facebook, ibu yang dikenali sebagai Faranem Rosmadi menceritakan tragedi hitam yang dilaluinya selepas menyapukan minyak angin pada batang hidung bayi lelakinya, Ayad Fayaash.

Ibu ini juga mengakui menyapukan minyak angin pada bahagian hidung untuk melegakan pernafasan si kecil itu. Namun siapa sangka, ianya hanya mengundang bahaya kepada nyawa anaknya.

“Sambil tukar pampers Ayad, aku pun sapu minyak telon dari 1 jenama ni. Sebelum ni aku memang tak pernah guna minyak tu. Tapi kali ini aku nak try, mana tahu okay. Bidan yang bagi, katanya minyak ni bagus dan sesuai untuk bayi.”

“Lepas sapu dekat hidung tu, aku pun pusing badan nak letak minyak dekat tepi dan masa aku paling ke Ayad, tak sampai sesaat pun. Allah! aku tengok muka Ayad merah, mulut dia berbuih, suara dia macam tercekik.”

Cemas melihat keadaan anaknya, dia ahli keluarga yang lain membasuh muka Ayad tetapi anak kecil itu masih kelihatan lemah dan wajahnya bertukar merah.

Tidak cukup dengan itu, mulut si kecil itu juga turut berbuih dan mereka segera membawa ayad ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

Setibanya mereka di klinik, doktor memasangkan oksigen kepada Ayad sebelum kes itu dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

“Aku tepuk-tepuk belakang Ayad. Aku masuk jari kelinking dalam mulut Ayad, nak clearkan mulut dia dari air liur berbuih tu.

“Pusing dan tepuk-tepuk belakang badan, pusing ke depan semula, mulut Ayad masih berbuih lagi dan darah.

“Tiba-tiba terdetik dalam hati aku, eh CPR! Aku terus buat mouth to mouth breathing (cara CPR baby dan dewasa lain ye. Boleh google)”

“Ayad admit HTAA untuk 3 hari. Aku kena marah teruk dengan specialist. Mak misi tapi boleh sapu minyak angin dekat hidung anak. Awak tahu tak, bayi bawah dari umur tiga bulan tidak boleh disapu sebarang minyak angin/telon. Bayi pada umur ini cuma bernafas dari hidung.”

“Awak sapu minyak angin, minyak ni akan block saluran pernafasan dia. Sebab tu mulut dia berbuih, dia tengah berusaha sedaya upaya bernafas dengan mulut dia.

“Tak semestinya minyak yang baby orang lain guna, selamat untuk baby awak.”

Perkongsian yang tular:

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2022 YOY Network. Part of YOY Group Sdn.Bhd. (1462891-P)