Terkejut Disergah, Aksi Kucing ‘Gigih’ Balas Dendam Pada Tuannya Bikin Netizen Terhibur

Terdapat banyak sebab mengapa haiwan seperti kucing ini sering menjadi perhatian dan popular dikalangan masyarakat untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan.

Selain daripada memiliki penampilan fizikal yang comel dan gebu, binatang ini turut membuatkan sesiapa sahaja yang melihatnya terpikat untuk dijadikan sebagai teman istimewa apatah lagi sejenis sukakan perhatian dari manusia untuk bermanja.

Ada sahaja telatahnya untuk ajak tuannya bermain, senang cerita boleh sunyi jika tidak ada si bulus ni di rumah.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana memaparkan detik-detik lucu seekor kucing yang cuba untuk ‘membalas dendam’ terhadap tuannya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @kochengfess, si bulus itu kelihatan telah disergah oleh tuannya ketika sedang menuruni tangga sehingga membuatkannya terkejut dan melompat.

Namun, tidak lama selepas itu dia dilihat meniru aksi tuannya dengan melakukan hal yang sama tapi ‘trick’ nya itu tidak berjaya ekoran tuannya sudah menjangkakan perkara tersebut.

Video yang tular di laman Twitter:

Meninjau di ruangann komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat aksi kucing tersebut yang gigih nak terkejutkan tuannya seperti mana yang dilakukan tuannya.

Bukan itu sahaja malah para netizen juga ‘geram’ melihat reaksi comelnya yang terkejut apabila disergah oleh tuannya itu.

Berikut merupakan komen warga maya:

Siapa sangka, ketika artikel ini ditulis, video yang berdurasi 28 saat itu telah meraih 3.3 juta tontonan setakat ini.