Terkejut Keropok Lebih RM100 Sampai Depan Rumah, Founder Kosmetik Tak Sangka Rupa-Rupanya…

Di kala zaman serba canggih ini, pelbagai perkara misalnya barang dapur, makanan ataupun minuman boleh didapati dengan hanya menggunakan hujung jari sahaja.

Oleh hal demikian, mereka yang mempunyai anak-anak kecil haruslah lebih berhati-hati kerana risau mereka memesan sesuatu tanpa kita ketahui.

Iospital phone repair gombak

Difahamkan, hal yang sama berlaku kepada Amirah Syamimi yang juga merupakan founder produk kecantikan Demica.

Menurut video yang tular di laman TikTok itu, Amirah meluahkan rasa terkejut kerana tiba-tiba terdapat 3 motor servis penghantaran makanan Foodpanda berada di hadapan rumahnya sedangkan dia tidak membuat apa-apa pesanan pada ketika itu.

“3 motor Food Panda depan rumah, tapi kita tak order pun,” tulisnya dalam video TikTok tersebut.

Sementara itu, dia menyangkakan bahawa mungkin suaminya yang telah membuat pesanan daripada Foodpanda.

Hal ini disebabkan anaknya, Rayqal tidak mempunyai telefon untuk membuat pesanan yang sangat banyak.

Hmm, jadi siapa pula yang memesan makanan sehingga mencecah lebih RM 100 itu?

Setelah Amirah bertanya dengan lebih lanjut, akhirnya misteri pesanan itu pun terjawab.

Rupa-rupanya anaknya itu yang telah membuat pesanan melalui iPadnya dan dia bersama suaminya langsung tidak menyangka bahawa anaknya itu bijak menggunakan peranti canggih berkenaan untuk membuat pesanan sedemikian.

Berdasarkan kenyataan Amirah, semua keropok segera itu telah dibayar dahulu oleh pembantu rumahnya kira-kira dalam RM 100 lebih.

Tambahnya lagi, dia dan suaminya itu tidak akan membeli keropok segera.

Hal ini disebabkan mereka melarang anaknya memakan makanan yang tidak berkhasiat.

“Dia buka plastik makanan keropok itu, tapi dia tak makan, mungkin dia ingat keropok tu macam popia,” terang Amirah.

Meninjau di ruangan komen, orang ramai kagum dengan panjang akal anaknya dan berasa geli hati dengan tindakannya dalam diam-diam membuat pesanan tersebut.

Antara komen netizen:

“wehh panda nyoo la order sdiri 😭😂”

“wei aku pun tk pandai oder food panda🥺😌😅 dis kecik lagi dh pndai😂”


“Hahahhaha comel rayqal🤣🤣”

Video yang tular:

@amirahsyamimi_ Reply to @fainacollection ni saat2 kantoi, nak part 3 tak? #AmirahSyamimiStoryTime #LadyBossDemica #Demica ♬ original sound – Amirah Syamimi