Sanggup Tolak Motor Rosak Demi Hantar Makanan Kakak Hamil Mengidam, Usaha Lelaki Ini Buat Ramai Terharu

Hubungan adik beradik ini seperti air yang dicincang tidak akan putus. Tidak kiralah bergaduh teruk macam mana sekali pun, namun tiada seorang pun yang mampu menolak hakikat bahawa mereka lahir dari rahim yang sama bahkan merupakan darah daging.
Iospital phone repair gombak
Pastinya kita tidak mahu melihat adik beradik kita dalam kesusahan dan sedaya upaya ingin membahagiakan mereka.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki berkongsi sebuah video membuatkan ramai tersentuh.

Menerusi perkongsiannya di laman TikTok @manrelax99, difahamkan dia sedang dalam perjalanan untuk menghantar makanan ke rumah kakaknya.

Hal ini kerana, kakaknya sedang sarat mengandung dan mengidam untuk makan nasi lemak yang dimasak oleh ibunya.

Bagaimanapun, siapa sangka motornya pula rosak di tengah jalan. Mengenangkan anak buahnya, dia bagaimana pun gigih menolak motosikalnya ke plaza tol terdekat sebelum dibantu oleh orang lain.

“Nak pi hantar makanan kat kak sebb dia mengandung teringin nak makan nasi lemak mak tapi masa perjalanan tuh moto rosak & nak buat mcm mna untuk anak buah dalam perut paksu sampai” ujarnya di ruangan kapsyen.


Melihat usaha lelaki ini, kakaknya mengucapkan terima kasih dan mendoakan agar dia diberikan ganjaran setimpal dengan jasa ‘mahal’ nya itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terharu melihat usaha dan kesungguhan lelaki ini kerana memenuhi kemahuan kakaknya.

Bukan itu sahaja, ramai juga netizen yang dikalangan para ibu faham akan kemahuan ketika mengidam malah adakalanya boleh menangis jika tidak dapat apa yang dimahukan.

Antara komen warga maya:

“Terima kasih adik akak.. semoga Allah memberi ganjaran untuk adik.. doakan akak cepat bersalin dan mudah”

“Bagusnya sanggup tolak demi kakak mengidam dapat makan”


“Kalau aku dah nangis tengok adik aku macam ni”

“Dia sanggup berkorban sampai macam ni untuk kakak dia tak mustahil dia akan berkorban lebih lagi untuk isteri dia one day”


Video yang tular di laman TikTok:

@manrelax99 Nak pi hantar makanan kat kak sebb dia mengandung teringin nak makan nasi lemak mak❤️tapi masa perjalanan tuh moto rosak💔nak buat mcm mna untuk anak buah dalam perut paksu sampai #fyp #fy #fyppppppppppppppppppppppp ♬ Cinta Bukan Hanya Harapan – ADE