Terima Kecaman Muat Naik Video Berwajah Hitam, Wani Kayrie Beri Penjelasan

Satu video TikTok dengan wajah bercat hitam yang dimuat naik oleh penyanyi Wani Kayrie telah menimbulkan salah faham.

Video TikTok Wani Kayrie cetus kontroversi

Menurut penyanyi itu yang menjelaskan dia tidak berniat untuk mempersendakan mana-mana komuniti.

Nama sebenarnya Syazwani Abdullah, 20, atau lebih dikenali sebagai Wani Kayrie berkata, dia tidak pernah terfikir video tersebut boleh memberi sebarang kontroversi.

Baru balik shooting drama Dayang Senandung

“Sebenarnya Wani buat video itu selepas balik dari shooting drama Dayang Senandung“ujarnya.

“Wani bukanlah saja-saja menghitamkan diri untuk buat video TikTok sebaliknya dihitamkan sebab diberi peranan memegang watak utama dalam drama tersebut,” lapor Gempak.

Terkesan dan sedih dengan kritikan netizen

Selain itu, penyanyi ini juga menerima kecaman yang agak teruk di laman sosial dan turut mengakui terkesan dan sedih kerana kritikan netizen itu bertentangan dengan tujuannya.

Ujar penyanyi ini lagi, atas nasihat pengurusan juga, video tersebut telah diturunkan demi tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

Wani berterima kasih dengan sokongan yang memihak padanya

Namun begitu, Wani turut bersyukur apabila ada wargamaya yang turut mempertahankannya dan memuji tindakan Wani memadam video tersebut.

“Wani sangat-sangat berterima kasih pada individu yang menyokong atau memihak padanya”.

Ada individu diluar sana memahami tugas sebagai pelakon

“Ada juga individu kat luar sana yang memahami tugas Wani sebagai pelakon yang bekerja dan mencari rezeki,” jelasnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

Day 2 in @icahfa 👗💚 . #suriarecords #wanikayrie @wanikayriesquad

A post shared by WANI KAYRÍE 🦋🤍 (@wanikayrie) on

Ekoran dari itu, perkara ini biarlah dijadikan sebagai pengajaran. Wani akan lebih berhati-hati untuk memuat naik sebarang kandungan di laman sosialnya.

“Wani akan jadi lebih peka, berhati-hati dan akan jadi satu iktibar utk dia di masa akan datang”.

Menerusi syarikat rakaman yang menaungi penyanyi Wani Kayrie, Suria Records (SRC) tampil membuat permohonan maaf ekoran isu video Tik Tok Wani yang menerima kecaman ramai.

Wajah hitam hasil solekan drama lakonannya

Dalam video itu, Wani menari memaparkan wajahnya dicat hitam dipercayai hasil solekan dalam sebuah drama lakonannya.

Menurut pihak SRC, video tarian yang dikongsi Wani itu tidak bermaksud untuk menyentuh sensitiviti perkauman.

Tidak sama sekali bermaksud mempersendakan mana-mana kaum

“Video itu tidak sama sekali bermaksud untuk mempersendakan mana-mana kaum” jelas penyanyi ini.

“Video tersebut hanya sebuah video Wani menari yang masih memakai solekan daripada watak dalam drama Dayang Senandung,” tulis pihak SRC.

Saya memohon maaf bagi diri sendiri dan pengurusan

“Saya memohon maaf bagi pihak diri sendiri dan pihak pengurusan, ini adalah untuk mengelakkan salah faham daripada terus menular,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Wani berharap salah faham ini tidak menular

Selain itu, kenyataan itu juga telah dikongsi Wani menerusi entri di akaun Instagram miliknya sebentar tadi.

Pada masa yang sama juga, Wani turut memohon maaf dan berharap agar silap faham mengenai isu ini tidak terus menular.

 

View this post on Instagram

 

short holiday 💚

A post shared by WANI KAYRÍE 🦋🤍 (@wanikayrie) on

Semoga segala salah faham yang timbul dapat diselesaikan dengan baik dan perkara ini menjadi pengajaran pada yang lain.