Mia Ahmad Selamat Timang Anak Kedua

Mia Ahmad merupakan seorang pelakon dan model. Pelakon ini merupakan seorang pramugari sebelum menceburi dunia hiburan tanah air.

 

View this post on Instagram

 

❤️

A post shared by MohdIzhamTarmiziRoslan (@izhamtarmizi24) on

Ucapan tahniah kepada Mia Ahmad dan suami Mohd Izham kerana telah selamat menimang cahaya mata kedua mereka pada petang semalam.

Mohd Izham kongsi berita gembira

Berita gembira itu dikongsikan oleh Mohd Izham di Instagramnya bersama pengikutnya.

Menerusi perkongsian itu, Izham berkata isterinya selama melahirkan cahaya mata mereka pada jam 5.20 petang Khamis.

Terima kasih atas doa kalian

Izham turut menzahirkan ucapan terima kasih buat mereka yang mendoakan untuk isteri dan anaknya.

Walaubagaimanapun, Izham tidak mendedahkan status jantina anak keduanya itu.

Mia Ahmad kongsi foto berada di pusat perubatan

Sementara itu menerusi Insta Story Mia, beliau berkongsikan foto berada di sebuah pusat perubatan untuk menyambut kelahiran cahaya matanya.

Tahniah sekali lagi kami ucapkan. Semoga kesihatan Mia dipermudahkan begitu juga dengan proses berpantang selepas ini.

Ucapan tahniah buat pasangan ini

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan tidak sabar untuk mengetahui jantina anak kedua pasangan ini.

Terdahulu, Mia mendirikan rumah tangga dengan Izham, yang merupakan pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) pada 13 Januari 2017. Pasangan itu dikurniakan anak sulung, Sayf Issa pada 28 September 2018.