“Terima kasih, mak” Kongsi Perjalanan Peluk Agama Islam, Kisah Ibu Lelaki Ini Buat Ramai Sebak

Seperti yang kita tahu, Malaysia merupakan salah satu negara yang penuh dengan pelbagai budaya, kaum, adat dan juga agama.

Iospital phone repair gombak

Walau bagaimanapun, kita tetap kekal harmoni sebagai salah satu negara yang unik di mata dunia.

Sama seperti kisah seorang lelaki ini yang tular apabila dia ditanyakan mengenai soal agamanya telah mencuri perhatian segenap warga maya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @mukagangster di laman TikTok itu, dia berkongsikan kepada orang ramai bahawa dia sebenarnya berasal daripada agama Hindu tetapi kini dia telah pun memilih untuk memeluk agama Islam.

Namun apa yang lebih menarik perhatian ramai adalah apabila ibunya yang masih beragama Hindu tidak kisah tentang agama yang ingin dipeluk oleh anaknya itu.

“Sampai dah dapat jawapan, saya bagitau mak. Mak, saya nak masuk Islam. Mak terdiam. Mak terkejut. Lepas tu mak senyum dan bagi kebenaran.

“Terima kasih mak. Terima kasih kerana menerima saya, mak,” ceritanya.

Walaupun ibunya itu dikecam orang ramai, ibunya tetap menerima anaknya itu tanpa ambil peduli kata-kata orang itu.

“Mak sentiasa ada bersama saya. Mak hadiahkan saya sejadah dan mak teman juga saya ke masjid.

“Terima kasih mak. Mak tak hiraukan saudara mara, mak tak hiraukan kata sesiapa. Mak terima saya, mak” luahnya kepada maknya itu.

Dalam pada itu, dia sempat menceritakan bahawa dia membeli sebuah rumah bersebelahan dengan rumah ibunya kerana dia tidak mahu meninggalkan ibunya itu.

Dia juga mengucapkan terima kasih kepada beberapa individu yang banyakj membantunya dalam perjalanannya baru memeluk agama Islam.

Akhir video, dia mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibunya.

“Mak saya baik dan sentiasa bersama saya. Walaupun kami berlainan agama, saya sayang mak saya. Dan, mak saya sayang saya.

“Hidayah milik Allah. Assalamualaikum wbt” ucapnya di akhir video.


Melihat ke ruangan komen, orang ramai terharu mendengar kisahnya dan memuji sikap ibunya.

Antara komen netizen:

“Allah!!! bangg🥺🥺🥺🥺.. saya nangis bang.. Rezeki abang dapat mak sangatt baikkk. Harap abang dapat ajak mak abang ke syurga jugak.”

“mak abang memang terbaik. the best mom ever.”

Video TikTok yang tular:

@mukagangster Replying to @MUHAMMAD AMIRUL HUSNI ini kisah saya. @SaudagarMerah thank u abgku.#mukagangster #anakmak #titew #botak #rxybca #longbeard #trendingnewsmalaysia #amma #islam ♬ Allah Allah Aghistna Ya Rasulullah – Puja Syarma Official