Bapa Jemput Anak Balik Sekolah, Terkejut Rambut ‘Tumbuh’ Depan Tudung Terus Buat Ramai Dekah!

Sejak kebelakangan ini, terdapat pelbagai perkongsian yang memaparkan gelagat dan telatah lucu anak-anak mereka pada hari pertama persekolahan mereka.

Iospital phone repair gombak

Begitu juga dengan kisah yang tular baru-baru ini di mana tudung seorang murid kelihatan ‘huru-hara’ sewaktu dijemput oleh bapanya pulang dari sekolah telah membuatkan ramai warga netizen terhibur melihatnya.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok @irfan.rdz itu, kelihatan seorang bapa sedang menuju ke sekolah untuk menjemput anaknya pulang.

Namun apa yang mengejutkan si bapa adalah apabila tudung anaknya itu sudah sengetsehinggakan sudah sampai ke belakang, malah rambut depannya pula terkeluar melalui celahan anak tudungnya itu.

“Runtuh hati daddy. Baru 1st day sekolah anak dah jadi macam ni” selorohnya di ruangan video yang tular berkenaan.

Pada hari esoknya, anaknya itu tidak mengalami masalah yang sama lagi kerana tudung tidak dipakaikan kepadanya pada hari tersebut.

Kali ini, rambutnya nampak lebih kemas apabila dijemput pulang oleh bapanya di sekolah.

Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video ini telah mencecah sehingga 4.5M tontonan, 437.9K tanda suka, dan 15.9K di laman platform sosial berkenaan.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat gelagat si anak itu yang selamba sahaja sedangkan rambutnya itu sudah pun terkeluar daripada tudungnya.

Antara komen netizen:

“g sekolah mcm mak datin.bila balik sek dah macam mak nenek 🤣🤣🤣.biasa la tu..nama pon budak 😂😂😂”

“Penat gelak. Comel dik oiii… nk marah mmg x jadi tgk klu gini 😂”


“Hahahahahah adoiiii dikkk… mcm mna blh kluar rmbut mcm tu😂😂”

“allahuakhbar. dia boleh bai kwn dia lg. dia xtaw ka rupa dia lagumana 😂😂😂”

“terkejut acik,comel ja dia tanpa sbrg rasa😂😂 rare ni..rambut bleh plak kuar kot situ .😂😂”

Video TikTok yang tular:

@irfan.rdz #ads #trending #fypdongggggggg #fypage #fyp #fypgakni #viral #fypシ゚viral #fypシ ♬ original sound – Hab1tz

@irfan.rdz Replying to @queen_maznah settle masalah tudung hahaha #fypdongggggggg #fypage #ads #fypgakni #viral #fypシ ♬ original sound – Mamu recondcar