“Habislah baju budak2” Lap Pun Kotoran Tak Hilang, Murid Makan Di Meja Kerak Kehitaman Undang Kritikan Netizen

Sesi persekolahan sesi 2023 sudah pun dibuka, dan pelbagai perkongsian telah pun dibuat mengenai anak-anak mahupun mengenai sesebuah sekolah itu sendiri.

Iospital phone repair gombak

Begitulah satu kisah yang tular baru-baru ini di mana meja kantin sebuah sekolah didapati sangat kotor telah meraih perhatian orang ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @@a_a_f_a0 di laman TikTok itu, dapat dilihat ramai murid sedang berada di kantin untuk menikmati makanan mereka pada waktu rehat.

Disebabkan kantin yang terlalu padat, segelintir murid-murid terpaksa duduk dan menjamah makanan mereka di meja kantin yang sangat kotor sehinggakan jelas berwarna kehitaman.

Difahamkan salah seorang penjaga murid terbabit cuba mengelap meja tersebut tetapi tidak berhasil kerana kotoran di meja tersebut terlalu tebal dan sangat sukar untuk ditanggalkan.

“Kita ni bukanlah nak suruh layan anak kita macam raja. Tapi berilah kebersihan sikit untuk anak-anak di sekolah ini,” tulisnya di ruangan video trsebut.

Kata penjaga murid yang memuat naik video berkenaan turut meluahkan bahawa pihak ibu bapa pun boleh sahaja tolong bersihkan jikalau pihak berkaitan terlalu ‘sibuk’ dengan urusan lain.

“kalau bz sangat kami ibu bapa boleh tolong bersihkan.😌” tulisnya di kapsyen video yang tular itu.

Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video ini telah mencecah sebanyak 224.2K tontonan, 7318 tanda suka, dan 1961 komen di laman platform sosial berkenaan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen mengkritik tindakan pihak tersebut yang mengabaikan kebajikan anak-anak murid menjamu selera dengan susana yang bersih dan selamat.

Antara komen netizen:

“Org kantin lain seminggu sblom bukak sekolah dah siap2 cuci kantin dah”

“Allahuakbar. Sek. Mana tu.. Sian anak2.. Nangis sy tgk.. Sbb anak2 xtahu pape.. Letak je mknan.. Makan je ngan happy.. Allahuakbar.. Sy sedeh..”


“Bab kebersihan ni tambah2 tempt makan mmg kena ambil serius. Klu kena foodpoisoning kita sebagai parents yg hadap.”

Video TikTok yang tular:

@a_a_f_a0

kalau bz sangat kami ibu bapa boleh tolong bersihkan.,😌

♬ original sound – Az