Tempat Simpan Barang Achey Pecah Atas Highway, Barang Penting Termasuk Dokumen Lesap

Malang sememangnya tidak berbau. Terkadang kita sudah cukup berhati-hati namun seperti yang kita tahu ada juga perkara yang berlaku diluar jangkaan dan kawalan kita.

Sama juga seperti apa yang berlaku kepada pelawak tersohor iaitu Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah[ dimana beberapa barang peribadi miliknya yang hilang dipercayai bertaburan selepas tempat simpanan di atas kereta miliknya pecah.

Memetik laporan mStar, kejadian tersebut berlaku ketika dia dalam perjalanan dari Ipoh menuju ke Kuala Lumpur sebelum menyedari hal tersebut ketika tiba di Behrang, Perak.


“Semalam (Isnin) ketika dalam perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur, tong tempat simpanan ini pecah dan terbuka. Kosong terus barang-barang di dalamnya. Mungkin terbang ketika kereta sedang bergerak.”

“Sampai di kawasan Behrang, baru saya tersedar… kalau ada yang terjumpa boleh hubungi saya di Instagram. Saya minta jasa baik orang ramai,” katanya.

Kata Achey, selain beg pakaian dan kasut, terdapat beberapa dokumen penting turut hilang akibat kejadian tersebut.

“Dalam ini (tempat simpanan) ada kasut, beg pakaian dan dokumen. Beg baju pun boleh terbang rasanya. Cuma yang penting adalah dokumen dalam plastik berwarna hijau yang saya letakkan di situ.

“Banyak barang berharga yang hilang,” jelasnya lagi.

Achey turut berharap agar ada pihak yang tampil memulangkan kembali barang-barang miliknya yang hilang terutama barangan penting dan berharga.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata rakan artis mendoakan agar segala dokumen diperolehi semula dan berharap agar Achey terus kuat dengan dugaan yang menimpa. Bukan itu sahaja, netizen juga mendoakan agar segala urusan achey dipermudahkan.

Antara komen warga maya:

Video yang tular: