“Tak Kelakar” Rakam Video Anak Hampir Digigit Monyet Liar, Tindakan Parent Siap ‘Gelak’ Undang Kecaman Netizen

Monyet sememangnya dikenali dengan sifat nakal yang seringkali buat hal. Bukan setakat merampas makanan orang, malah macam-macam hal lagi yang dilakukan monyet sehingga viral seperti merasmikan kolam renang di rumah, curi parcel yang dihantar oleh kurier dan sebagainya.

Bagaimana pun, ada juga monyet liar yang bukan sekadar nakal namun menyerang manusia. Sebab itulah ibu bapa perlu mengawasi anak kecil jika didekati haiwan tersebut agar tiada perkara buruk yang berlaku.

Seperti kisah yang tular baru ini dimana seorang kanak-kanak yang menghampiri seekor monyet liar hampir digigit dibahagian kepala sambil dilihat oleh ibu bapa mereka nyata mengundang kecaman ramai.

Menerusi video tersebut, dapat kita lihat terdapat papan tanda tentang haiwan liar namun ibu bapa tersebut hanya membiarkan anak mereka mendekati haiwan tersebut.

Turut mendapat perhatian pakar vetrinar iaitu @Drima_vet, dia membuat satu video maklum balas mengatakan perkara tersebut sama sekali tidak kelakar.

Hal ini kerana, terdapat suara ketawa di dalam video tersebut seperti terhibur dengan insiden terbabit.

Doktor ini juga berpesan agar tidak mengganggu kehidupan liar apatah lagi monyet liar dimana gigitannya memudaratkan dan boleh menyebarkan penyakit berbahaya.


“Manusia yang ganggu habitat haiwan liar tetapi mereka yang terancam, ditangkap dan dibunuh kerana dikatakan
“menyerang” manusia.”

“This is common sense. Jangan main2 dengan haiwan liar. Kami sebagai doktor veterinar pun sangat berhati-hati kalau berhadapan dengan haiwan liar” tambahnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen menyokong kenyataan Doktor tersebut dan berharap ibu bapa lebih peka dengan keselamatan anak-anak.

Bukan itu sahaja, netizen juga menasihati orang ramai agar tidak mendekati haiwan liar supaya mereka tidak merasa terancam.

Antara komen warga maya:

“Boleh dia gelak anak hampir kena gigit macam tu”

“Ada kes dekat us orang dewasa kena gigit sampai muka hilang”


“Anak jiran saya darjah 1 rosak tangan dia dan kekal berparut besar sebab kena gigit dengan monyet, ngeri tengok tangan dia”


Video yang tular di laman TikTok:

@drima_vet Kecuaian manusia, monyet boleh jadi mangsa. Tolong kawal dan jaga anak anda! #vetlife #drima_vet #TikTokGuru #LearnOnTikTok #fyp #foryoupage #JomBelajar #shouldbeme ♬ original sound – Salehatul Khuzaimah