Berebut Beli Barangan Bayi, Gelagat Pengunjung Pentingkan Diri Undang Kemarahan Ramai

Bila ada ekspo, pasti ramai yang akan menghadiri kerana kebanyakkan ‘booth’ yang membuat promosi atau menurunkan harga barangan bagi menarik pelanggan.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana kelihatan para pengunjung berebut sesama sendiri untuk membeli barang sehinggakan ada yang sanggup tolak satu sama lain.

Difahamkan, itu merupakan ekspo jualan barangan bayi yang dihadiri oleh golongan ibu bapa.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, kelihatan pengunjung wanita dan lelaki berebut peralatan bayi dipercayai botol susu yang disusun pada rak.

Namun apa yang menjadi persoalan netizen adalah ada segelintir daripada mereka yang mengambil barangan tersebut dalam kuantiti yang agak banyak seolah-olah ingin melicinkan stock yang ada.


Tidak cukup dengan itu, kelihatan juga ibu bapa yang ‘bergasak’ dalam kerumunan orang di situ dengan membawa anak yang masih kecil.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memberi pendapat masing-masing mengenai situasi tersebut malah ada yang menyifatkan mungkin mereka ada ‘personal shopper’ jika dilihat kembali kepada kuantiti yang diambil.

Malah netizen juga mengatakan aksi mereka yang mengambil barang keperluan bayi dengan kuantiti tak masuk akal itu nyata hanya menunjukkan sikap pentingkan diri sendiri.

Bukan itu sahaja, netizen juga akui berasa malu dengan sikap segelintir individu dan geram dengan tindakan ibu bapa yang membawa anak kecil namun tetap bergasak untuk membeli barangan.

Komen warga maya:

“Macam saya pula yang malu tengok.. agak2 la pun… ingat2 juga orang lain.. jangan tamak”

“Amik banyak2 tu memang anak dorang telan botol ke?”


“Geng personal shopper ni… ni mesti borong pastu jual balik kat shopee..”

Video yang tular: