Connect with us

Viral

Teman Anak Lelaki Bersunat, Reaksi ‘Cuak’ Ayah Pula Buat Ramai Terhibur

Bila sebut tentang berkhatan, pasti kaum adam akan lebih gerun apatah lagi bila mengimbau kembali situasi tersebut satu ketika dulu.

Bahkan banyak juga dapat kita lihat di media sosial dimana memaparkan gelagat lucu kanak-kanak ketika dalam proses berkhatan.

Ada yang menjerit, ada yang pura-pura pengsan dan ada juga yang mengeluarkan ayat-ayat lucu yang nyata membuatkan ramai tidak kering gusi seperti memberi pesanan kepada doktor agar ‘potong sedikit’ sahaja.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana telatah lelaki menemani anaknya berkhatan nyata membuatkan ramai terhibur.

Manakan tidak, anak terbaring santai ketika proses berkhatan tanpa menangis ataupun menjerit namun ayahnya di sebelah kelihatan tidak keruan kerana berasa gerun dan ngilu.


Apabila diusik isteri tercinta, lelaki tersebut duduk di kerusi yang disediakan namun tetap tidak keruan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat ayah kepada budak lelaki ini malah ada juga netizen yang berkongsi pengalaman yang lebih kurang sama.

Yelah, bapa yang ‘over takut’ daripada anak. Akhirnya, si ibu yang menemani kerana ayah tidak berani.

Antara komen warga maya:

“Anak rileks je, bapa yang tak rileks”

“Suami saya pegang anak sulung sunat dulu.. dia pula risau anak nya menangis.. sakit katanya.. anak menangis bapak yang sedih..”

“Aku pernah kerja klinik teman Dr waktu budak2 sunat, selalu yang teman anak mak2 berbanding bapak diorang”

“Macam laki aku.. time teman anak dia potong.. dia cakap macam dia yang rasa..”

“Abah temankan adik saya sunat, pastu kecoh dalam tu rupanya abah saya pengsan.. ”

“Anak saya dulu sunat siap takbr lagi dia.. Allahuakhbar berulang2.. kuat pulak tu.. doktor dengan nurse siap gelak..”

“Husband saya pun nervous bila saya kata nak sunat anak, padahal dah 7 tahun yang sulung.. adoi la.. yang anak excited dah nak bersunat”


Video yang tular di laman TikTok:

@marlynazhan #fyp #rwyfb #xyzbca ♬ Funny Song – Cavendish Music

Advertisement

Copyright © 2022 YOY Network. Part of YOY Group Sdn.Bhd. (1462891-P)