“Impian Giant tercapai..” Dua Lelaki Nyanyi Lagu Doraemon Di Konsert Raih Perhatian Ramai

Pasti ramai diantara kita yang membesar dengan karakter kartun Jepun dengan judul Doraemon dimana terdiri daripada Doraemon, Nobita, Sinyu, Giant, Sizuka dan rakannya yang lain.

Tidak cukup dengan siri televisyen, judul kartun ini juga tampil dengan komik yang semangnya menjadi hiburan para peminat.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana dua lelaki ini menyanyikan lagu tema Doraemon di atas sebuah pentas di salah sebuah konsert mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @takushi___1122, ramai yang tidak menyangka mereka akan menyanyikan lagu doraemon yang comel itu memandangkan gaya dan penampilan mereka yang agak ganas.

Namun, telatah mereka yang lucu nyata membuatkan penonton bersorak mendengar lagu yang dinyanyikan itu.


Walaupun video tersebut agak singkat, namun ianya mampu menggamit kenangan saat kecil dahulu dimana sanggup berada di hadapan kaca tv untuk menonton cerita kartun itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen rindu akan ‘vibe’ pada zaman dahulu dimana dibesarkan oleh cerita kartun jepun dengan karakter yang lucu.

Bukan itu sahaja, netizen juga sempat menyamakan gelagat dua penyanyi tersebut dengan karakter Giant dan Suneo serta berseloroh mengatakan impian Giant untuk bernyanyi dihadapan orang ramai sambil ditemani sahabatnya sudahpun tercapai.

Antara komen warga maya:
“Giant ngan senior ke nyanyi tu”

“Dah sedap suara Giant boleh buat konsert”


“Impian Giant dah jadi realiti”

“Tercapai sudah cita2 Giant nak menyanyi depan orang ramai. Ditemani oleh sahabat sejati dia si Suneo”

“Akhirnya impian Giant nak nyanyi dekat pentas besar tercapai”

Video yang tular di laman TikTok:

@takushi___1122 ドラえもんは草 #孫gong #ジャパニーズマゲニーズ #hiphop #musiccircus #musiccircus大阪 #ドラえもん ♬ オリジナル楽曲 – けんぱち

Ketika artikel ni ditulis, vidoe tersebut telah meraih 7.7M tontonan, 721.0K tanda suka, 6745 komen, 44.2K simpanan dan 19.7K perkongsian di applikasi TikTok.