Sepatutnya Ada Di Perbarisan, Isteri Menjerit Suami Tiba-Tiba Muncul Bawah Meja Pejabat

Apabila menyebut akronim PJJ, kita tahu ia bermaksud perhubungan jarak jauh melibatkan pasangan yang sudah berumah tangga tetapi tinggal berjauhan kerana mungkin si isteri atau suami perlu bekerja di luar kawasan.

Tidak dinafikan, ianya bukanlah satu perkara yang mudah apatah lagi jika sudah mempunyai cahaya mata, pasti pelbagai cabaran yang perlu dihadapi kerana membesarkan anak bukanlah satu perkara yang boleh dianggap remeh.

Namun lain pula dengan kisah yang tular baur-baru ini dimana seorang siteri menjerit satu office apabila terkejut melihat suami yang buat surprise di bawah meja mencuri perhatian ramai.

Mana tidaknya, suami yang tinggal beratus kilometer sanggup datang ke pejabatnya demi meraikan hari ulang tahun perkahwinan yang kedua walaupun sedang sibuk dengan raptai Hari Kebangsaan di Ipoh, Perak.

Memetik laporan mStar, Muneerah Sulaiman berkata, dia sama sekali tidak menyangka suami, Muhammad Hanif Ghazali, 32, yang bertugas sebagai Pegawai Polis Kanan Trafik akan membuat kejutan seperti itu.

Disebabkan itu, dia terjerit di dalam pejabat kerana terkejut melihat suami yang bersembunyi di sebalik meja kerjanya di Putrajaya.

Malah kata wanita berusia 31 tahun itu, suaminya bukanlah seorang lelaki yang pandai membuat kejutan.

“Tahun lepas saya pernah nak buat surprise kat dia dan hantar barang guna rider… tapi pada masa tu, dia tidak duduk setempat kerana sibuk dengan tugasan sehingga akhirnya dia sendiri yang perlu ambil di rumah rider.

“Suami pula jenis direct. Kalau saya mahukan sesuatu dia akan tanya nak yang mana dan terus beli… saya sendiri yang perlu minta sebab dia tak ada masa nak fikir.

“Tapi suami seorang yang romantik. Cumanya sekarang ini, masing-masing duduk berjauhan kerana kekangan kerja. Dia di Ipoh, saya pula Putrajaya,” luahnya yang tinggal berasingan sejak berkahwin.

Bukan itu sahaja, dofahamkan pasangan ini juga tidak berpeluang untuk meraikan hari lahir mahupun ulang tahun perkahwinan mereka sehingga dia mencadangkan supaya sambutan dilakukan serentak.

“Ada satu hari saya tanya pada suami, anniversary tahun ni macam mana dan dia gelak saja. Tapi dia pernah cakap yang dia akan buat surprise cuma tak tahu bila dan di mana.’

“Masa tu saya ingatkan dia sekadar bergurau. Rupa-rupanya dia dah berpakat dengan kakak pejabat saya yang dikenali Kak Liza sebab mereka berkawan di Facebook.

“Semasa hari kejadian, suami ada raptai perbarisan kemerdekaan dekat Ipoh, seminggu juga dia sibuk. Jadi memang tak sangka dia akan buat sebab raptai habis jam 12 tengah hari, dia tiba di Putrajaya pada jam 4 petang,” katanya.

Ibu kepada seorang cahaya mata ini bagaimana pun tidak mengesyaki apa-apa walaupun tiba-tiba rakan sekerja mengaajaknya bersolek selepas mereka menunaikan solat Zohor, tambahan pula waktu kerja hampir tamat.

“Sudahnya saya terkejut melihat kelibat suami di bawah meja sehingga terjerit kuat sambil disorak rakan-rakan pejabat yang lain,” imbaunya.

Berkongsi lanjut, dia yang mesra di sapa Ierah memberitahu, perkenalannya dengan suami bermula semasa mereka pergi mendaki pada 2018.

Manakala perkahwinan dengan suami berlangsung pada zaman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun 2020.

“Tapi kami berkawan tak lama dan terus buat keputusan untuk serius. Dia jumpa mak saya pada Disember 2018 dan Februari tahun berikutnya dia menerima tawaran untuk mengikuti kursus kepolisan.”


“Mak saya pula masuk IJN (Institut Jantung Negara) pada bulan Mei dan meninggal dunia pada 2 Jun. Jadi selepas habis latihan pada bulan November, terus kami berdua bertunang.”

“Syukur Alhamdulillah kerana semua urusan perkahwinan saya dipermudahkan dengan bantuan ibu saudara sebab saya sudah tidak mempunyai ayah mahupun ibu. Awalnya nak buat majlis perkahwinan pada April 2020 tapi disebabkan PKP terpaksa tunda sehingga hujung bulan Ogos.”

“Rasa perit sikit masa kumpul duit sebab nak buat majlis seperti yang diidamkan,” ujar Ierah yang akhirnya berjaya mengadakan majlis berkahwin di bawah pedang seperti impiannya suami isteri.

“Kekangan bila ada peluang balik ke tempat suami, tapi suami kena jaga SJR (sekatan jalan raya) atau kerja hakiki yang padat. Masa bersama keluarga tu terhad untuk kami sebagai pasangan suami isteri yang muda.

“Saya juga perlu sentiasa bawa anak ke Perak, lagipun suami susah dapat cuti.

“Macam hari raya, memang tak dapat nak rasa perasaan sambutan hari pertama kerana cutinya akan beku dalam dua minggu,” luahnya yang memohon doa orang ramai supaya mereka dapat tinggal bersama.

Video yang tular:

@ierahsulaimanAlhamdulillah panjang lagi umur. 😮‍💨

♬ Until I Found You – ierahsulaiman