Tawaran Istimewa, Beli Kereta Percuma Tuannya

Satu iklan menjual kereta telah menjadi tular di Jakarta apabila seorang wanita cantik di Indonesia mengiklankan untuk menjual keretanya dan percuma dirinya sekali.

Chaecha yang telah membuat iklan di Facebook pada 26 Mei yang lepas untuk menjual kereta Nissan Grand Livina miliknya.

Tawarannya itu dianggap sebagai satu tawaran luar biasa kerana belum pernah dibuat orang sebelum ini.

Baru saja berusia 25 tahun, gadis itu menawarkan sesiapa membeli kereta itu dengan dirinya sekali.

Mungkin ini adalah salah satu strategi untuknya mendapatkan pelanggan.

Tetapi ada juga yang berpendapat wanita ini sebenarnya sedang mencari bakal suami dengan kaedah secara tidak langsung.

Chaecha siap meletakkan nombor telefon miliknya bagi sesiapa yang berminat untuk membeli Grand Livina miliknya itu.

Walaubagaimanapun, dia tidak meletakkan sebarang harga.

“Dijual mobil berserta pemiliknya. Minat bisa inbox 0821.1452.4443,” katanya.

Malah, wanita itu turut meletakkan syarat pembeli tidak boleh memilih dan perlu membeli kereta serta dapat dirinya sekali.

Dia juga menetapkan syarat di mana pembeli perlulah lelaki bujang berusia 30 hingga 35 tahun dan sedang mencari pasangan.

Kesan daripada tawarannya itu, iklan berkenaan menjadi tular di media sosial di Indonesia dan turut mendapat liputan meluas media negara itu.

Namun, sehingga kini masih tiada kemaskini sama ada dia sudah menjumpai pembeli kereta dan hatinya itu.

Jika anda masih bujang dan sedang mencari kereta dan bakal isteri, silakanlah menghubungi nombor yang tertera iitu untuk mencuba nasib.