Keluarga Susah Makan Garam Rupanya Penerima Bantuan Ribuan RM, Lelaki Ini Dedah Satu-persatu

Sebelum ini telah tular satu kisah di mana keluarga yang sangat miskin dan susah sehingga terpaksa makan berlaukkan garam.

Kisah itu telah pun menjadi viral sehinggakan ramai netizen yang menyalahkan pegawai zakat tidak melakukan tugas dengan betul.

Malah ada yang menuduh pihak zakat langsung tidak turun padang untuk memberikan bantuan kepada golongan ini.

Terbaru, menerusi satu perkongsian di laman Facebook, lelaki ini mendedahkan keluarga itu sebenarnya penerima bantuan Baitulmal dengan amaun yang agak banyak.

Mari kita ikuti perkongsian beliau.

________

Mungkin Puan Marsyila ni terlupa berapa banyak Bantuan Baitulmal yang telah di berikan kepadanya. Baik, saya senaraikan jenis jenis bantuan, serta jumlah.

  • Bantuan deposit sewa rumah tahun 2011 rm390
  • Bantuan sewa rumah 16/1/2015 hingga 31/1/2016 rm1488
  • Bantuan sewa rumah 6/1/2015 hingga 31/1/2017 rm1488
  • Bantuan sewa rumah 11/1/2018 hingga 31/1/2018 rm1488
  • Bantuan sewa rumah 11/6/2018 hingga 31/5/2019 rm1488
  • Bantuan sewa rumah 25/4/2019 hingga 31/5/2020 rm1488

 

  • Bantuan pampers 23/10/2018 hingga 31/3/2019 rm1385
  • Bantuan susu 26/7/2018 hingga 31/12/2018 rm1400
  • Bantuan perubatan 1/1/2019 hingga 31/12/2019 rm4800
  • Bantuan susu 1/5/2019 hingga 31/12/2019 rm2612
  • Bantuan pampers baru sambung pada 25/4/2019 dalam proses

 

  • Bantuan selesai hutang sewa rumah tahun 2011 rm1500
  • Bantuan selesai hutang tunggakan sewa rumah tahun 2015 rm2300
  • Bantuan selesaikan hutang sewa rumah tahun 2018 rm2000

 

  • Bantuan kecemasan 12/6/2018 rm1000
  • Bantuan kecemasan selesaikan hutang pibg dan peralatan sekolah anak 27/11/2018 rm650

 

  • Bantuan kewangan bulanan tahun 2010
  • Bantuan kewangan bulanan tahun 2011
  • Bantuan kewangan bulanan 1/10/2012 hingga 30/9/2013 berjumlah rm4800 + duit raya rm500
  • Bantuan kewangan bulanan 1/2/2015 hingga 31/1/2016 berjumlah rm8400 + duit raya rm500
  • Bantuan kewangan bulanan 1/2/2016 hingga 31/1/2017 berjumlah rm8400 + duit raya rm500
  • Bantuan kewangan bulanan 1/2/2017 hingga 31/1/2018 berjumlah rm6600 + duit raya rm500
  • Bantuan kewangan bulanan 12/6/2018 hingga 31/5/2019 berjumlah rm6600 + duit raya rm500

Bantuan Am Persekolahan anak dia Muhammad Fallah Islahudden Shah, Sek. Men. Keb. Bandar Tasik Selatan, tingkatan 1, dah lulus dalam proses bayaran.

Semoga dapat berikan pencerahan kepada masyarakat di luar serta netizan yang menghentam Institusi zakat kata tak buat kerja, dok saja.

______

Ternyata dengan pendedahan ini sebenarnya keluarga yang ditularkan adalah penerima bantuan  dengan jumlah yang agak besar.

Malah, Lembaga Zakat Selangor juga ada memberikan respon mengenai isu ini menerusi laman Facebook mereka.

Semoga kita semua membuat kajian terlebih dahulu sebelum menyalahkan mana-mana pihak terutamanya yang melibatkan institusi yang besar seperti ini.