Tangguh Majlis Selama 30 Minit Gara-Gara Graduan Terkandas, Sikap ‘Cakna’ & Prihatin Pihak USM Raih Pujian Ramai

Majlis Konvokesyen merupakan satu hari kebesaran untuk graduan, kerana ia membawa maksud graduan sudah berjaya menamatkan pengajian.

Manakan tidak, setelah berhempas pulas berdepan dengan cabaran belajar demi meraih keputusan yang membanggakan, inilah masa yang sangat dinantikan buat setiap pelajar.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana pihak pengurusan Universiti Sains Malaysia (USM) telah menangguhkan majlis konvokesyen sebentar untuk memastikan semua graduan dapat bersama dalam majlis gilang-gemilang itu.

Difahamkan seorang daripada graduan yang hadir terkandas di dalam kesesakkan lalu lintas akibat berlakunya satu kemalangan maut membabitkan pemandu serta kelindan lori.

Pun begitu, pihak pengurusan Universiti mengambil keputusan untuk menangguh majlis selama 30 minit bagi menunggu graduan tersebut agar dapat bersama-sama dalam majlis konvokesyen.

“Dilaporkan terdapat kemalangan teruk di Jambatan Pulau Pinang menghala ke Pulau pagi ini. Semoga dipermudahkan segala urusan Graduan USM yang akan berkonvo ini dan semua graduan lain serta petugas dan pegawai yang akan memasuki pulau”

Lebih kurang 2 jam selepas itu, USM memuat naik satu lagi hantaran Facebook memaklumkan graduan yang terlibat berjaya sampai ke kampus induk untuk melengkapkan Majlis Konvokesyen yang ke-59 tersebut.

“Graduan kental dalam menghadiri Konvokesyen ke-59 USM… Walaupun berlaku kesesakan lalulintas di atas jambatan Pulau Pinang akibat tragedi kemalangan maut, beliau telah selamat tiba di kampus induk untuk menghadiri konvokesyen. Terima kasih kepada semua yang membantu beliau.”

“Konvokesyen pagi ini dilewatkan selama 30 minit atas keprihatinan pihak pengurusan universiti kepada graduan yang terlibat dalam kesesakan lalulintas di luar jangkaan.
USM sentiasa prihatin kepada para graduan.”

“Terima kasih semua, atas kesepakatan kita dalam menghadapi situasi pagi ini dengan hikmah yang baik kepada semua.”

Dalam masa yang sama, ibu graduan juga sempat menzahirkan ucapan terima kasih atas keprihatinan pihak pengurusan yang telahpun memudahkan urusan anaknya.

Perkongsian yang tular :

 

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum dengan pihak USM yang memudahkan lagi urusan graduan tersebut malah sikap keprihatinan yang tinggi seperti ini seharusnya dicontohi.

Antara komen warga maya:

“Tahniah kepada pengurusan USM yang cakna dengan situasi semasa”

“tindakan yang tepat dalam mendahulukan kebajikan graduan. Usaha murni seperti ini harus dipuji”

“kadang2 tidak memerlukan wang untuk berbuat baik, sekdar keputusan pun sudah memadai”