“Ramai Dah Jadi Mangsa” Pasangan Warga Asing Scam Orang Di Mall, Netizen Dedah Taktik Kotor Mereka.

Pelbagai kisah buruk yang kita dengar di media sosial gara-gara warga asing, terdahulu pernah viral tentang isu warga rohingya minta sedekah dengan biadap ketika lampu isyarat merah di jalan raya.

Disusuli pula dengan warga myanmar yang selamba mencederakan diri dengan berlari ke arah kereta yang sedang begerak di atas jalan supaya dilanggar untuk mendapatkan wang.

Bahkan ada yang selamba memandu van dan membuat U Turn di double line sehingga menyebabkan kemalangan baru-baru ini.

Terbaru, tular sebuah rakaman dimana memaparkan pasangan warga asing dilihat menipu orang di mall telah mencuri tumpuan ramai.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku di Genting Highland dimana pasangan warga asing itu memakai baju yang sama ke mana-mana pusat beli-belah untuk melakukan penipuan kepada mangsa.

Mereka berdua mengguna ‘trick’ meraih simpati daripada orang luar dengan penipuan beg hilang malah ramai yang menghulurkan duit kerana terpedaya dengan penipuan mereka.

Video yang tular di laman TikTok:

@lalalanemoHati hati ya semua jangan mudah terpedayaaaa..♬ original sound – Hud🖤💗 – huda tak srs

@lalalanemoPart 2♬ original sound – Hud🖤💗 – huda tak srs

@lalalanemo Reply to @mbaknurrrrrr ♬ original sound – Hud🖤💗 – huda tak srs

Meninjau di ruangan komen, ada juga para netizen yang pernah ditipu dengan orang yang sama malah dikatakan mereka bukan hanya pergi ke genting malah banyak tempat lagi.

“Sumpah minggu lepas dia ada kat ICT shah alam. dia cakap dari Afganistan dekat pakwe aku, lepas tu cakap beg duit hilang” – Netizen

Antara komen warga maya:

“srsly dorang kat genting? i pun pernah jumpa dorang kat mid valley 2 hari before raya. Time tu i duduk kat entrance sorang2.. pastu laki tu datang tegur i”

“omg this exactly same thing happened to my bf last week kat bukit bintang Paskitani’s siap minta RM500! padahal anak dia siap ada phone lagi”

“haritu kena juga tapi dekat ioi mall puchong pakaian pun sama macam ni mula2 kata beg hilang bila suruh buat report kata beg dekat kawan dia pulak”