Tampil Semakin Seksi, Emma Maembong Akui Lebih Selesa Jadi Diri Sendiri

Sejak kebelakangan ini ramai selebriti serta pelakon yang tampil dengan penampilan seksi di media sosial. Turut tidak terlepas daripada pandangan netizen iaitu pelakon tersohor, Emma Maembong atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail dimana kini kerap tampil dengan pakaian yang agak seksi.

Terdahulu, penampilan Emma yang mengenakan ‘singlet’ berwarna putih dan dipadankan dengan seluar berwarna merah telah menjadi bualan hangat.

 

Bagaimana pun, Emma tampil menjelaskan dia mahu menjadi dirinya sendiri dan memilih untuk bergaya mengikut keselesaannya dan bukan untuk memuaskan hati orang lain. Emma juga mengharapkan agar netizen tidak mengaitkan dirinya dengan anaknya kerana setiap individu mempunyai cara mereka tersendiri dalam mendidik.

“Saya hanya pakai apa yang selesa… ikutkan ini pakaian saya sejak dari zaman remaja lagi. Saya tak nak jadi orang yang dah kahwin, kena terus berubah. Biarlah saya menjadi diri sendiri.”

“Saya tak kisah la orang nak cakap pakaian macam budak-budak ke, saya banya nak hargai hidup saya sekarang. Insya-Allah doakan saya yang baik-baik, satu hari nanti saya mesti akan pakai tudung balik. Setiap wanita memang kena pakai tudung, Insya-Allah saya akan berubah, jadi janganlah kaitkan anak saya. Setiap orang ada cara didikan anak.” katanya.

Dalam pada masa yang sama, Emma mengatakan dia tidak mahu bertikam lidah dengan netizen dan ingin menjalani kehidupannya dengan tenang bersama keluarga. Malah, dia turut memberitahu walaupun dia melakukan perkara yang terbaik, pasti dirinya belum mampu untuk memuaskan hati para netizen.

“Zaman saya nak bergaduh dan berperang dengan netizen sudah berakhir. Lagipun, saya dah capai impian saya iaitu anak. Kalau dahulu, darah muda bila orang kecam, rasa nak kecam balik.”

“Seboleh-bolehnya nak jelaskan dan betulkan. Tapi sekarang usia saya pun dah 30 tahun… dah ada anak, suami pun. Saya nak jaga keluarga saya. Walaupun saya buat yang terbaik, orang tetap akan kecam, buat salah lagi la orang kecam. Susah nak puaskan hati netizen. Saya pun dah tak nak stres. Emosi saya sekarang hanya untuk anak.” tambahnya lagi