“Rasa nak baling je TV” Bawa Lagu Dipintu Syurga, Nyanyian Ifa Raziah Dikritik Sumbang

Rancangan terbaharu “Terpaling Juara” yang menampilkan penyanyi legenda berentap dengan bintang baharu di bawah bimbingan tiga pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) untuk merebut gelaran Terpaling Juara. Antara penyanyi otai yang bertanding adalah Ifa Raziah, Hazami dan Rahmad Mega.

Terbaharu, penyanyi dan pelakon terkenal Ifa Raziah atau nama sebenarnya Saripah Raziah binti Mustapha telah mencuri tumpuan ramai melalui klip video persembahan yang dilakukanya telah tular di laman TikTok.

Walaupun sudah lama tidak muncul di kaca TV sebagai penyanyi, Ifa Raziah berani untuk menyahut cabaran menyertai rancangan Terpaling Juara. Umum mengetahui, Ifa merupakan penyanyi yang terkenal dengan genre dangdut dan pop namun dalam rancangan ini dapat dilihat Ifa Raziah akan menyanyikan genre yang lain dari biasanya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @naeldaily ini memaparkan Ifa Raziah yang julung kali membawakan lagu bergenre R&B. Ifa mempersembahkan lagu berjudul Dipintu Syurga nyanyian asal Dayang Nurfaizah penuh emosi.

Di dalam video tersebut, Ifa Raziah yang mengenakan busana serba putih itu sedang menyanyikan bahagian lirik ‘dipintu syurga….” itu seperti “indah khabar daripada rupa”.

Sudah lama berkecimpung dalam industri seni, video berkenaan telah menjadi persoalan netizen kerana Ifa Raziah sudah 27 tahun dalam bidang nyanyian itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan komen lucu dan terkejut apabila mendegarkan suara Ifa Raziah yang tidak begitu sedap didengari. Bukan itu sahaja, mereka menyifatka Ifa Raziah seperti feeling-feeling Dayang Nurfaizah yang melakukan persembahan di AJL.

Antara komen warganet:

“Dia punya feeling macam dia yang dayang tengah perform kat AJL”


“27 tahun dalam industri tapi setahun sekali susah keluar tv”

“Camera pon…dah tau macam tu kejadiannya tunjuk lah jauh-jauh sikit..”

“Scarnya tengok depan tv..lagi-lagi kalau tv 55inch resolution hd. Mau nak baling tv je rasa..”

“Dia feeling ala dayang ajl..sekurangnya dia mencuba walau feel dah terlebih..tahniah ifa..perubahan yang okay..”

Video yang tular di laman TikTok:

@naeldaily #whatsontv #random #tothesea ♬ original sound – naeldaily