“Another level” Camping Dalam Hutan, Hidangan Khairul Aming Persis Hotel 5 Bintang Pula Curi Perhatian

Seorang pempengaruh yang terkenal dengan video masakan yang dikongsikan di platform media sosial ini sentiasa menerima jumlah tanda suka dan perkongsian yang banyak di laman Facebook serta Instagram.

Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman sering menjadi perhatian netizen kerana video masakan  yang mencuit hati. Lagi lagi, taglinenya famousnya di setiap permulaan video “Hey what’s up guys”. Manakan tidak, resepi yang ditunjukkan sangat mudah dan senang difahami untuk orang ramai yang ingin mencuba.

Terbaharu, Khairul Aming telah memuat naik sebuah video yang memaparkan momen camping bercuti bersama rakan-rakanya ini menarik perhatian ramai apabila makanan yang dihidangkannya bertaraf seperti makanan hotel 5 bintang.


Dalam video tersebut, dia menjelaskan telah ditugaskan sebagai ‘chef’ untuk menyediakan makanan sarapan, minum petang serta makan malam sepanjang camping tersebut.

“Hari ini aku share pada semua semasa aku pergi barbeku dengan kawan-kawan hari itu. Kami pergi di tengah hutan berhampiran sungai, selama dua hari satu malam. Jadi, aku kenalah incharge untuk masak minum petang, dinner dan breakfast untuk 15 orang”

“Mereka datang untuk 15 orang. Jadi, untuk menu minum petang hari itu, aku buat Smash Burger dan di dalam itu ada dua patty. Jadi, dua darab lima belas orang, dapatlah 30 patty. Banyaklah juga.”katanya.

Antara menu-menu yang menarik dihidangkan oleh Khairul Aming  adalah smashed burger, ayam bakar, sup ayam, sos thai, teh o ais laici limau, sparkling watermelon lychee serta pencuci mulut iaitu kek batik coklat ganache, burnt cheesecake dan churos nutella. Malah, Khairul Aming juga sempat berjenaka mengatakan makanan yang dibuatnya itu seperti katering untuk birthday anak jiran.

“Rupa dah macam katering untuk birthday anak jiran dah. Tapi, yang datang bukan budak-budaklah. Yang datang semuanya macam bapak orang” ujarnya

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa cemburu kerana walaupun camping di dalam hutan tapi makanan mereka seperti hotel 5 bintang. Bukan itu sahaja, ada yang menawarkan diri untuk menjadi kawan Khairul Aming yang sanggup masak untuk rakan-rakanya itu.

Antara komen warganet di laman TikTok:

“The another level of camping”

“Rm50 pun saya sanggup bayar”

“Beruntung weh kalau dapat kawan yang pandai masak macam khairul aming ni”

“Yang pasti semua tu memerlukan kerajinan”

“Pi camping makan macam hotel 5 star”

Video yang tular di laman TikTok:

@khairulaming siapa nak rasa masakan mingming? 2 ringgit satu kepala 🤣 #MakanLokal #picnic ♬ original sound – Khairulaming