Tampil Dengan Konten Positif, Aksi Baby Shima Beri Kucing Makan Raih Pujian Netizen

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi dangdut yang terkenal dengan kontroversi, Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli. Penyanyi yang popular dengan lagunya “Tak Sabar” ini selalu memuat naik video dan gambar yang menjolok mata.Sebelum ini, Baby Shima sering menjadi perbulan hangat netizen kerana kerap tampil dengan penampilan yang kurang menyenangkan ramai pihak.

Buat itu salah buat ini salah, Baby Shima akhirnya tampil dengan konten yang berbeza di laman Tiktok.

Menerusi video yang dikongsi olehnya sendiri di TikTok, pada awalnya kelihatan seekor kucing sedang berkeliaran seakan akan memberitahu sesuatu kepadanya. Dia mengikuti kucing tersebut sehingga kucing itu menunjukkan makan kucing.

“awak nak apa? ohh makanan.. nak shopping makanan.. dia tahu makanan dia.. betul nak ini? yang ini? ujar baby Shima yang melayan gelagat kucing tersebut

 

Oleh kerana kecomelan kucing itu, Shima membeli beberapa makanan basah kucing dan memberi makan di kuar kedai. Dapat kita lihat dia meletakkan alas sebelum melak=takkan makanan untuk diberikan kepada kucing tersebut.

Menerusi komen di laman Tiktok itu, rata-rata netizen mengucapkan terima kasih kerana prihatin dan tidak berkira dengan kucing jalanan yang kelaparan itu. kerana pada zaman kini untuk mencari orang yang baik itu sangat sukar.

Bukan itu sahaja, majoriti netizen menyokong konten yang dikongsikan pada kali ini berbanding dengan sebelum- sebelumnya yang rata-rata mengundang kecaman. Dalam masa yang sama, mereka berharap supaya Shima akan terus menjadi tauladan dan contoh yang baik kepada masyarakat.

Antara komen netizen di laman Tiktok:

“Kucing pun dah pandai paw artis sekarang..”


“Alhamdulillah..Tq akak lapik sekali..Terima kasih pencinta haiwan..”

“Dia nak bagitau dia lapar..pandai..moga Allah murahkan rezeki baby shima aminn..”

“Murah rezeki dunia akhirat amin..”

Video yang tular di laman Tiktok:

@babyshimaofficial Ada sesuatu dalam kedai ni😳😳 #babyshima #fyp ♬ Oh no, oh no, oh no, no no – Hip Hop

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih 67.7K tanda suka, 790 komen, 2509 simpanan dan 446 perkongsian di platform TikTok.