‘Rancak’ Nyanyi Depan Tun M, Aksi Black ‘Terkucil’ Buat Netizen Terhibur

Idola adala sumber inspirasi atau tokoh yang disanjung oleh seseorang dalam hidup mereka. Kebanyakkan masyarakat sekarang mengidolakan artis-artis luar.

Namun tidak bagi sesetengah masyarakat di Malaysia. Ada juga yang mengidolakan seseorang yang pernah memacu negara kita seperti Tun Mahathir.

Baru-baru ini tular di laman Tiktok, penyanyi terkenal, Black yang popular dengan lagu “Aku Rindu Sayang Kamu” ini berkongsi satu videonya yang menghiburkan dan menyanyikan lagu untuk Tun M.

Menerusi video yang dimuat naik laman Tiktok @blackhanifah, Black terlihat bersama Tun M yang sedang duduk bersebelahan di meja makan di sebuah restoran.

Penyanyi lagu “Aku Rindu Sayang Kamu” ini sedang menyanyikan lagunya sendiri untuk Tun M. Namun apa yang menghiburkan pengunjung yang bersama-sama makan di situ adalah apabila Black gemuruh dan gugup.

Tulisnya di kapsyen peluang itu merupakan peluang seumur sekali dalam hidupnya.

“Peluang dapat menyanyi depan @chedetofficial ni mungkin sekali seumur hidup… boleh pulak lagu sendiri pun sangkut…” tulisnya.

Black juga mengkongsikan video yang kedua dimana dia tidak berputus asa untuk beraksi di hapadan Tun Mahathir. Akhirnya,dia berjaya menghiburkan Tun M dengan lagu Kau Pergi Tanpa Rela Ku.

Tun M juga nampak sedang menghayati nyanyian black itu.

Rata-rata netizen di ruangan komen meluahkan rasa cemburu kerana dapat bertemu dan ‘lepak setable’ bersama Tun M. Selain itu, ada juga yang memuji nyanyian penyanyi tersebut yang menghiburkan.

Tidak cukup dengan itu, Netizen juga menitipkan doa dan kesihatan Tun M kerana beliau masih lagi mampu tersenyum dan meluangkan waktu bersama Black dan pengunjung.

Antara komen netizen di laman Titok:

“Semoga Tun & Tun Hasmah diberikan kesihatan dan sentiasa di dalam lindungannya selalu..”


“Terbaik black.. Hiburkan Tun M..”

“Untungnya black… Tun M always senyum..setiasa manis senyumnyaa…”

“Bertuahnya dapat duduk berdekatan Tun kesayangan rakyat..”

Video yang Tular:

@hanifahblack Peluang dapat menyanyi depan @chedetofficial ni mungkin sekali seumur hidup.. boleh pulak lagu sendiri pun sangkut .. 😂 part 1 #nyawablack #blackpirlo #nivalel #nimemangviral #tunM #fyp ♬ original sound – Hanifah Black

@hanifahblack Kali ni alhamdulillah.. sampai habis abg nyanyi depan @chedetofficial 🥰 alhamdulillah.. #nyawablack #blackpirlo #nivalel #nimemangviral #padupadu #tunM #blackhanifah #kaupergitanparelaku ♬ original sound – Hanifah Black