Sebak Terima Penghargaan Tunai Zakat RM1Juta, Dato Aliff Syukri Beri Inspirasi Kepada Netizen

Siapa yang tidak kenal dengan usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman atu lebih dikenali dengan gelaran Datuk Terlajak Laris ini sering dilanda kontroversi yang sensasi. Beliau juga pernah mendakwa tentang impian dan cita-citanya untuk menjadi penyanyi nombor satu negara.

Namun, baru-baru ini perkongsian yang dimuat naik di laman Instagramnya menjadi perhatian dan telah memberi inspirasi kepada semua.

Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman menerima penghargaan daripada pihak Lembaga Zakat Selangor(LZS) kerana difahamkan beliau telah disenaraikan antara individu yang membayar zakat mencecah RM1 juta pada tahun 2021.

Menerusi perkongsian di laman Instagramnya beliau meluahkan rasa terharu dengan penghargaan yang diberikan.

“Hari Indah buat saya dan isteri!!
Syukur hari ni @zakatselangor beri penghargaan kepada kami antara pembayar zakat terbesar di Selangor hampir 1 juta pada tahun 2021 hasil bisnes @as.hijabofficial @dherbsholdingshq @sugehecoresort”.

“Dulu masa saya mula niaga 15 tahun lepas saya hanya mampu bayar RM 7 zakat setiap bulan,tapi saya selalu tanamkan azam nak bayar lebih dan iainya menjadi satu semangat untuk saya kerja keras!! Terima kasih doa ibu kandung sy @bondarozitaibrahim dan isteri sy @shahidadherbs”.

“Alhamdulillah hari ni jadi kenyataan,tidak la hebat nak banding dengan mereka yang jauh lebih berjaya…tapi saya mohon anda doakan saya sentiasa berjaya dalam perniagaan dan dapat memberi lebih banyak bantuan pada mereka yg memerlukan…. Siapa rakan penyokong dan pengguna sy cer komen di bawah??? #melayusokongmelayu” tulisnya.

Terlihat di dalam video itu beliau sebak dan sempat berkongsi cerita tentang perjalanan perniagaanya kira kira 15 tahun yang lalu.

Melalui kapsyennya juga beliau menjelaskan hanya mampu bayar Rm7 zakat setiap bulan namun berazam untuk bayar lebih suatu hatu nanti.

Meninjau di ruangan komen,netizen mengucapkan tahniah kepada Dato dan Datin dan memberi komen yang positif kerana membantu golongan yang memerlukan.

Antara komen netizen:

“Tahniah Dato,moga menjadi inspirasi pada kami..”


“Rezeki melimpah..Tahniah Dato..Semoga dapat bantu ramai lagi..”

“Alhamduillah ini lah ‘saham akhirat’ kita sebagai seorang islam..”

“Alhamdulillah ini lah dia rahsia murah rezeki..”

Video yang tular: