Taman Tema Air Angry Birds Kini Dibuka Di Semenyih, Pertama Di Dunia!

Siapa yang tidak kenal dengan karakter Angry Birds yang pernah menjadi fenomena di seluruh dunia sebelum ini.

Angry Birds hanya bermula sebagai sebuah permainan video dan kemudiannya diadaptasi kepada filem.

Kini, Angry Birds memiliki taman tema air pertama di dunia apabila ianya telah dibuka pada 22 November 2019 di Setia Ecohill, Semenyih.

Taman tema ini hanya dibuka pada tarikh-tarikh tertentu seperti pada hujung minggu dan cuti umum sahaja.

Malah, bagi memastikan tiada kesesakan dan kualiti pengalaman terjamin, sebanyak 2,000 tiket sahaja akan dijual setiap hari kepada pengunjung.

Seperti taman tema yang lain, Angry Birds Water Park menyediakan pelbagai tarikan di sini seperti permainan gelongsor air dengan karakter Red, Chuck, Bomb, Mighty Eagle dan Terence.

Apa yang paling menarik sekali di sini ialah gelongsor setinggi 12 meter yang pasti membuat anda seronok.

Bagi ibu bapa yang mahu meluangkan  masa berkualiti bersama anak-anak sempena cuti sekolah ini boleh lah membawa mereka ke Taman Tema Air Angry Birds.

Harga tiket masuk untuk dewasa adalah RM53, manakala kanak-kanak dan warga emas adalah RM40.28 sahaja.


Malah jika anda mahu berjimat, anda boleh beli tiket Family Combo (2 dewasa dan 2 kanak-kanak) yang berharga RM167.48 sahaja.

Buat pengetahuan anda, taman tema ini hanya akan dibuka selama dua bulan sahaja.