“Pernah org bagi 20 sen je..” Spiderman Ini Buat Kerja Sambilan Demi Rawatan Isteri

Beberapa hari lepas telah tular foto yang memaparkan seorang lelaki memakai kostum filem aksi ‘Spiderman’ menolak kerusi roda seorang wanita kurang upaya (OKU).

Foto yang telah mencuri tumpuan ramai berkenaan dikatakan diambil di sekitar bandar Georgetown.

‘Spiderman’ itu sebenarnya dikenali sebagai Ahmad Shakirin Mohd Zain, 50 tahun dan manakala wanita berkerusi roda tersebut adalah isterinya, Nur Aznita Mohd Ismail, 37, lapor HMetro.

Menurut Ahmad Shakirin, sebelum ini dia bekerja sebagai pelukis di Pasar Seni, Kuala Lumpur manakala isterinya adalah tukang masak di restoran terkenal di ibu kota.

Isterinya pernah terjatuh di bilik air menyebabkan dia mengalami seranngan angin ahmarr dan kerana menghidap kencingmanis, kaki kanannya terpaksa dipotonng daripada lutut ke bawah.

Selepas itu, mereka telah berpindah ke Pulau Pinang dan mencuba nasib mencari rezeki dengan menjadikan bilik tumpangan dengan kadar sewa RM55 sehari di tengah bandar raya sebagai tempat berteduh.

Tambah Shakirin, dia melihat ramai kenalannya mampu meraih wang dengan berpakaian adiwira lalu dia membeli sut pakaian itu menerusi dalam talian dengan harga RM180.

“Sebenarnya kami suka kanak-kanak namun belum mempunyai rezeki cahaya mata dan dengan cara ini dapatlah kami menghiburkan kanak-kanak itu.”

Malah, Shakirin juga mahu menjana pendapatan dengan menjual makanan apabila isterinya sembuh nanti.

“Selepas isteri sembuh nanti, dia bercadang mahu menjana pendapatan dengan menjual makanan berikutan kepakarannya dalam menyediakan pelbagai jenis masakan,” katanya.

Shakirin memberitahu dia pernah menerima sumbangan sebanyak 20 sen selepas diminta beraksi Spiderman dan bergambar.

Walaubagaimanapun dia tetap menerima sumbangan itu kerana paling penting ialah keikhlasan si pemberi.

Semoga Shakrin dan isteri sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan semua urusan.