Bapa Temui Ajal Dalam Perjalanan Hantar Anak ke Sekolah, Pemandu Kereta Mewah Melarikan Diri

Seorang lelaki maut, manakala empat lain parah serta seorang cedera ringan selepas empat kenderaan terbabit kemalangan di Kilometer KM 38 ( Sungai Tong) Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi, mangsa Abdullah Zulekipli Jusoh, 61, beralamat di Felda Belada, Kuala Terengganu, yang memandu kereta Honda City, maut di tempat kejadian.

Anak dan 3 lain cedera parah

Anaknya, Mohd Hasiffuddin Abdullah Zulekipli, 13, cedera parah termasuk penumpang kereta Honda City, pemandu Honda Insight, Sharifah Fauziah Zani, 40, penumpangnya, Mohd Muslim Mohd Yunus, 41, serta anaknya Nur Insyirah Husna Mohd Muslim, 6, dari Segamat, Johor.

Manakala, pemandu Perodua Axia, Mohd Alghafa Shafiee, 31, dari Felda Chalok mengalami cedera ringan.

BMW gagal memotong

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin, berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu kereta jenis BMW dari arah Kota Bharu menghala ke Kuala Terengganu gagal memotong sebuah kenderaan di hadapannya lalu berlanggar dengan Honda City dipandu Zulekipli datang dari arah bertentangan.

Manakala kereta jenis Honda Insight dan Perodua Axia yang berada di belakang kereta Honda City tidak sempat mengelak lalu berlaku pelanggaran.

Nahas tersebut dipercayai berpunca daripada tindakan pemandu kereta mewah berkenaan yang bergerak dari arah Kota Bharu ke Kuala Terengganu yang gagal memotong di atas jalan sekaligus bertembung dengan kenderaan Allahyarham.

Pemandu BMW lari

Walau bagaimanapun, driver kereta tersebut masih lagi tidak dijumpai kerana difahamkan telah melarikan diri sejurus kejadian.

“Pemandu BMW melarikan diri sejurus selepas kemalangan dan masih belum dapat dikesan sehingga kini.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987,” katanya.

Ibu sudah lama tiada

Menerusi perkongsian di laman Facebook oleh Khairul Amri, anak Allahyarham sudah lama ketiadaan ibu dan hanya ada seorang abang yang masih bersekolah.

“Beringatlah belaka adik kakok. Ada seorang jah hok bawa tak ikut peraturan..abis ore lain jadi mangsa..

“Kemalangan di Sg Tong pagi tadi. Pelajar sekolah SMSTong. Wasap dr seseorang:
Berlaku Masa nk hantar anak ke sekolah.

“Bapa meninggal, ibunya dah lama tiada, abgnya ting 5, sedang trial, belum diberitahu lagi tentang ayahnya yg meninggal. Tunggu lepas habis exam jap lagi,”