Tak Tinggal Nasi, Ibu Ini Kongsi Cara Turun Berat Badan 66kg ke 49kg Macam Anak Dara!

Memiliki badan yang kurus dan langsing antara impian setiap wanita namun ramai wanita berdepan masalah untuk mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat.

Disamping itu, pengetahuan mengenai nutrisi pemakanan dan kenali tubuh badan setipa orang itu penting dalam membantu mendapatkan badan yang sihat dan kurus.

Kini, ramai wanita tampil berkongsi perjalanan penurunan berat badan mereka untuk dimanfaatkan oleh wanita lain diluar sana supaya mereka melalui proses penurunan badan dengan sihat dan selamat tanpa bantuan produk kurus.

Seorang ibu anak 3 berkongsi pengetahuan selepas berjaya menurunkan berat badan menggunakan kaedah yang betul dan selamat. Selain dari mengambil tahu setiap kalori yang diambil, ibu ini juga turut membuat senaman bagi membantu beliau mencapai kejayaan dalam usahanya mendapatkan badan seperti anak dara.

Mari kita lihat bagaimana ibu ini berkongsi resepi, teknik dan konsep yang beliau amalkan sehingga berjaya menurunkan berat badan dari 66kg ke 49kg. Perkongsian ini telah mendapat liputan meluas dilaman sosial yang dikongsikan oleh Ayu Zule.

Berat zaman anak dara tercapai!!

Fighting for my “anak dara” weight was achieved,16kg lost from 66kg to 49-50kg.
Journey ni mengambil masa lebih kurang 7bulan sy start September 2017 (lepas raya) sehingga Mac 2018. Alhamdulillah, Jaga pemakanan dgn eatclean menu dan exercise 80% jg pemakanan dan 20% dari exercise.

Bila sebut diet je msti org ingt tahan lapar, kena berlapar, makan sikit je. Diet bukan bermaksud berlapar cuma kn kawal portion dan pilih makanan yg diambil dengan betul dan melatih diri dan badan kita utk amalkan pemakanan yg sihat. Diet yg bgus yg menurunkan berat badan secara perlahan-lahan.

Disini sy share sebahagian dari menu yg sy mkn sepanjang weight loss journey ni, tak semua menu sempat sy amik gambar, yg mana sempat saje..huhu. 90% menu semua sy masak, g keje bawa bekal. sy share serba sedikit pengalaman yg tdk seberapa ini. Sesungguhnya yg baik itu dr Allah SWT dan yg kurang itu drpd kelemahan sy sendiri.

Yg baik blh amik ye utk kwn2 yg tgh fighting utk turunkan berat badan, yg ingin menukar corak pemakanan yg lebih sihat dan menukar gaya hidup kearah healthy lifestyle
Lain org, lain cara, lain pendapat, dan lain pendirian kan so kita hormati setiap dr mereka.

Masakan yg sy masak simple2 je memandangkan sy mama beranak 3 faham2 la yer kesibukannya macamane kan..hihihi. Sy biasa masak menu yg snng & spt grill, rebus, singgang, dan bakar2 , (kdng2 mkn jgk ikan goreng jika tiada pilihan) klu perlu guna 1sk olive oil shja, tp klu xde guna je ape yg ada jnji portion kn jaga, bersederhana org kata..tanpa gula putih, sy pakai garam himalayan rock salt
tanpa ajinomoto atau ape2 kiub

Breakfast

Biasa sy amik smoothie (blend fresh milk 100ml,air masak 300ml ,rolled oat 3sk & buah2 pilihan) @ telur separuh masak @ roti wholemeal bakar letak cheese ke tuna ke brgntung pd bhn yg ada dan selera pd hr tu.

Lunch

Biasa sy amik brown rice segenggam kita ye, bukan segenggam hulk..hihi. Kdng2 mkn jgk nasi putih, 1× sehari je pakai formula #sukusukuseparuh, suku karbo, suku protein dan separuh serat (sayur@buah).

Biasa sy amik nasi waktu lunch atau dinner tukar2 klu lunch dah amik nasi, untuk dinner sy cuma amik protein,sayur2 & buah2an & gitula sebaliknya klu pd hari2 yg sy xblh control nasi, masak plak lauk yg sedap2 utk suami n anak3.

Sy tukar dgn sumber karbo lain mcm ubi manis, ubi kentang ke, roti wholemeal ke..
blh tukar2 ikut selera kita. Sebabnya, bila tgk lauk sedap, nasi xckup segenggam ni ha, segenggam hulk juga sis mkn nanti..huhuhu


Sama jugak time ada jamuan dekat opis, kenduri ke, sy cuma mkn lauk2 shja sbb dia pnya lauk tu kan dh byk kalori. mkn plak dgn nasi confirm la bertambah itu yg sy risau, hahaha
terbabas ke laut dalam tu mesti ada nya, tipula klu sy kata xpenah terbabas ye dok..hahaha

Menu sy ni pn ada jgk yg xberapa nk clean, xdela strict sgt, tp bolehla ikut badan & tekak masing2 dan yg paling penting ikut keperluan kalori badan masing2, berapa kalori yg patut kt mkn sehari utk turunkan berat badan, untuk maintain dan sbgnya.

Dinner

Biasa sy dinner sblum pkul 8 wajib tiap malam amik sup sayur bersama protein, buah2an
kadang2 nasi mcm biasa pakai formula #sukusukuseparuh.

Snacking

Snacking adalah wajib diantara main meal contoh biasa sy amik snacking pkul 10pagi dan 3petang. Contoh snacking sy amik ialah buah2an, kekacang, plain yogurt.

Dessert

Untuk dessert xwajib amik pon, tp bila sy craving nk mkn aiskrim ke, benda2 manis sy mkn plain yogurt dgn buah2an. Perghhh, sedap weh..hahaha ,tp bukan hari2 ye craving nk minum minuman manis biasa sy buat honey lemon ais juga bukan hari2

Exercise

Sy buat jogging 3x seminggu sblum masuk keje pagi dan zumba, klu sy xjog, sy akn zumba weekend. Waktu malam sy xgunakan utk exercise, mlm sy rehat,bt keje umah, ajar ank2 keje skolah and meal prep, waktu bersama kluarga ..hihi

Cheat day..

Hari yg sy cheat day baru sy amik menu yg sy craving tu. Sy diet tanpa apa2 supplement, bukan anti supplement, cuma sy nk ajar diri sy utk diet secara sihat, jaga pemakanan. control portion dan exercise.

Bukan utk sementara, tp klu blh smpai bila2. Diet yg sihat sepatutnya buat kita bertenaga, happy, dan kenyang yang penting tanpa perlu berlapar . Tidak semua org sm, sy buat ape yg sesuai utk badan sy dan sy enjoy ..hihihi

Menu2 ni mungkin sesuai dgn sy, mungkin x utk org lain, lain org lain badan dan kemampuan, ikut kemampuan diri masing2. Kenali tubuh badan anda, sy hanya share ape yg menjadi untuk sy. Jika ia mendatangkan manfaat blh amik dan korang blh alter,
blh tambah mengikut keperluan badan masing2.

Teruskan jaga pemakanan, exercise walaupun kita dh kurus & dh capai berat ideal.
BMI pon dh normal, boroi dh xde, lutut dh xsakit, peha dh xbergesel, naik tangga xmengah.

Bangun tido senang dan awal, sembelit pon dh xde, rasa lebih segar, muda dan happy
Senang utk menguruskan aktiviti seharian, termasuk beribadat, rumahtangga, anak3 dan kerjaya.

Jaga pemakanan ke arah yg lebih sihat sgt byk manfaat, sy pn masih belajar untuk konsisten jaga pemakanan utk lebih sihat, fit, dan yang paling win kurus itu BONUS
Doakan sy !

Bagi sesiapa yang ini tahu resepi dan perkongsian yang lebih terperinci, anda boleh follow beliau di facebook. Semoga perkongsian dari ibu ini memberi manfaat untuk semua diluar sana.