Dulu Muka Gadis Ini Pernah Breakout, Selepas Amalkan ‘PETUA MURAH’ Ini Mukanya Jadi Flawless

Foto yang penulis letak di atas bukan edit atau filter menggunakan apps 360 yer. Ini perkongsian dari kisah benar.

Apabila muka ada masalah terutamanya breakout kebanyakan kita biasanya akan terus cari produk kat farmasi untuk atasinya.

Sama juga dengan gadis yang membahasakan dirinya sebagai Ji ini. Akibat masalah jerawat yang teruk dalam tempoh yang lama gadis dia sudah menghabiskan ribuan ringgit untuk merawatnya.

Tapi hasilnya tetap hampa. Sehinggalah satu ketika dia mencuba rawatan secara tradisional yang dicadangkan oleh seorang nenek di kampungnya.

Hanya menggunakan tepung pulut sebagai mask ternyata inilah rawatan yang berkesan dan serasi dengannya.

Malah kulit yang dulu penuh jerawat merah kembali pulih dan halus. Ha…hebat tak penangan tepung pulut!

Nak tahu macam mana petuanya boleh ikut thread yang dikongsi oleh t$unadeh‏ .

Ambik petua dari nenek kat kampung

Cara buat mask

Hasilnya jerawat surut, kulit mulus macam baby

Buat mask sekerap mungkin

Untuk yang ada masalah jerawat bolehlah cuba ni dulu sebelum beli produk mahal. Tak rugi, tepung pulut berapa ringgit jer pun uols.

Sebenarnya jerawat yang naik banyak di muka dipengaruhi oleh faktor pemakanan seseorang.

Nak tahu apa jenis makanan tu? Jom tengok di bawah.

JENIS MAKANAN PUNCA JERAWAT DI MUKA

1. GULA PUTIH & REFINED CARBOHYDRATE

Menurut ahli dermatologi Marina Peredo, M.D. dalam Men’s Journal, gula putih mengandungi agen keradangan yang boleh memburukkan kondisi kulit, terutamanya mereka yang berkulit sensitif. Selain gula putih, karbohidrat berproses (refined carbohydrate) juga menaikkan kadar gula dengan cepat dan mudah menyebabkan jerawat, seperti:

  • Roti putih
  • Biskut atau bijirin
  • Nasi putih
  • Soda dan minuman manis

2. MAKANAN BERLEMAK & BERGORENG

Selain makanan tinggi gula dan tinggi karbohidrat berproses, seseorang yang cenderung mengalami masalah jerawat juga dinasihatkan agar mengelakkan makanan berlemak dan bergoreng.

Ini kerana makanan seperti ini akan meningkatkan kandungan glukosa (gula) dalam darah daripada karbohidrat dan lemak.

3. PRODUK TENUSU

Walaupun susu mengandungi banyak kebaikan, terdapat kajian yang mengaitkannya dengan masalah jerawat terutamanya dalam usia remaja.

Namun jika seseorang mengalami masalah kulit, anda mungkin perlu lebih berhati-hati kerana ia dipercayai mengaktifkan kelenjar sebum dan menyebabkan wajah seseorang cenderung menjadi lebih berminyak lalu menyebabkan jerawat.

4. MINUMAN BERKAFEIN & BERKARBONAT

Minuman berkafein boleh mengganggu tidur anda di samping merembeskan hormon penyebab stres.

Minuman berkarbonat pula mengandungi perlu dijauhi kerana bukan saja ia tidak sihat, malah kandungan gula yang tinggi akan menyebabkan kulit berminyak dan memburukkan keadaan kulit yang berjerawat.

5. MAKANAN DIPROSES & MAKANAN SEGERA

Mana-mana makanan bukan dari sumber asli biasanya mengandungi kandungan garam dan gula yang tinggi selain turut diperasakan dengan pelbagai jenis bahan kimia dan pengawet.

Jadi, jauhi makanan jenis ini walaupun ia sangat mudah dan senang dinikmati pada bila-bila masa.

“French Fries” tidak bagus untuk kesihatan

6. MAKANAN PEDAS

Orang Malaysia memang sinonim dengan makanan pedas. Sebenarnya makanan pedas boleh mengaktifkan kelenjar peluh dan menyebabkan muka kita cepat berminyak. Secara tak langsung, ia boleh menjadi masalah kepada kulit.

Kalau suka makan pedas, kenalah rajin-rajin basuh muka bila berpeluh agar tidak mengundang bakteria dan mengelakkan pori tersumbat.