Tak Tergamak Tengok Mak Cik Terbaring Dalam Motor Roda Tiga, Netizen Pakat Hulur Bantuan

Sebagai manusia, kita kena sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada. Mungkin kita berasa hidup kita susah, tapi sebenarnya ada lagi yang jauh lebih susah kehidupannya jika dibandingkan dengan kita.

Berat mana memandang, berat lagi bahu memikul. Begitulah perumpamaan yang sesuai digambarkan untuk dua orang wanita ini dimana seorang wanita membawa wanita yang berusia menaiki motosikal roda tiga di bawah panas matahari.

Wanita yang membawa motosikal itu dilihat memegang satu beg bertujuan untuk melindungi wanita tua itu tadi dariapada terkena pancaran matahari.

Situasi tersebut sempat dikongsi oleh seorang pengguna TikTok iaitu Shiha Nizam. Kejadian diperayai berlaku di sebuah jalan berdekatan Jambatan angkat atau ‘drawbridge‘ di Terengganu.

“Tiba-tiba kat traffic light duduk di belakang hamba Allah ni. Ya Allah waktu tengah hari yang kemarau matahari betul-betul atas kepala. Terlentang dalam besi.

“Kereta tak boleh ke tepi. Andai aku boleh tolong waktu itu. Sekarang aku rasa menyesal aku tak hulur bantuan.

“Dalam hidup kita rasa kita dah susah. Tapi tanpa kita sedar ramai lagi susah bila kita tunduk ke bumi. Sebab kita tak bersyukur dengan nikmat Allah bagi.” kata Shiha dalam video yang di muat naiknya.

“Tolong sesiapa yang kenal tolong maklumkan pada saya. Tolong guna kuasa viral. Saya nak bantu dia dengan cara tak seberapa saya,” tulis Shiha di ruangan kapsyen.

Walaupun tempoh video tersebut belum sampai 24 jam, jumlah tontonannya sudah mencecah sehingga 2.1 juta serta meraih simpati ramai dengan 248 ribu tanda suka!

Video yang tular di laman TikTok

@shihanizam Tolong sesiapa kenal please let me know! Tolong guna kuasa viral 🙏🏻🤲🏻 saya nak bantu dia dgn cara x seberapa saya.🥺😢#drawbrigeterengganu #kuikhlaskan #adwenfi #berandatiktok #foryoupage #fypシ ♬ Huwannur – SHOLAWAT MUSIC PRO

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memuji ketabahan wanita yang dipercayai anak kepada wanita berusia itu tadi kerana tabah dan sabar menjaga kebajikan ibunya itu.

Ramai juga yang dilihat berpakat ingin menghulurkan bantuan kepada dua orang wanita ini.

Berikut antara komen-komen yang diberikan netizen di TikTok

“Hebat anaknya. Kuat lah wahai anak. Seperti mana kuatnya ibu mu mengandung Dan melahirkan kamu.semoga syurga buat mu.”

“anak paling berjaya pernah aku tgk!!!”


“TANGAN TU AKAN JD BUKTI DI MASYA NNT, SYURGA MENANTI”

“tahniah dik..esok di surga akan ada beratus kali ganda payung nya lebar..tahniah kerana berjaya mendidik anak makcik menjadi insan yang berbakti…🥺”