Bawa Kucing Pergi Belanja Sekali, Siap Pilih Nak Makan Makanan Yang Mana Buat Netizen Terhibur

Kucing dengan perangai comel mereka memang berpisah tiada. Dalam satu hari tu ada saja yang nak dibuatnya.

Selain terkenal dengan sifat manja, haiwan yang dianggap seperti ahli keluarga ini juga mampu menceriakan hari yang suram.

Kebelakangan ini sering muncul video-video lucu kucing dimuat naik ke media sosial membuatkan ramai terhibur dengan keletah kucing-kucing tersebut.

Seperti yang dikongsikan oleh @matthreefour87 di TikTok, seekor kucing dibawa ke pasar raya oleh tuannya untuk memilih makanan yang dikehendaki kucing tersebut.

Tidak melepaskan peluang, kucing itu pun berjalan menuju ke arah tempat makanan kucing lalu berdiri menunjukkan kepada tuannya makanan yang diinginkan.

Tuan kucing itu pun mengambil makanan yang dipilih oleh kucingnya itu tadi sebelum beredar dari situ.

Rata-rata netizen terhibur melihat keistimewaan kucing itu yang bijak membuat pilihan tentang makanannya.

Malah kucing itu juga seolah-olah faham apa yang diperkatakan tuannya ketika tuannya bercakap dengannya.

Sejak video tersebut dikongsi, ianya berjaya meraih tontonan sebanyak 1.1 juta dan 87.5 ribu tanda suka!

Video yang tular di laman TikTok

@matthreefour87 #fypシ #pencintakucing #masukberanda ♬ bunyi asal – MatThreeFour

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang membandingkan kucing ini dengan kucing mereka.

Mereka turut mempersoalkan mengapa kucing mereka tidak sebijak kucing yang dipaparkan di dalam video.

Tak kurang ramai juga pengguna TikTok yang memuji kecomelan dan kepintaran kucing ini.

Berikut merupakan komen-komen menarik yang diberikan netizen di TikTok

“kucing org smua pndai..kucing aku pndai mintak mkn dgn berak merata je”

“Kucing be like : haaa yg ni laaa yg org nak tuuuu”


“tidak berlaku pada kucing aku😌😌kerja dia share makanan aku jerr”

“kucing siapanii..pandai sgt😅😅”

“pandainya..geram jer tengok…😂😂”