“Tak tergamak nak makan!” Pelanggan Kesal Sifat Tidak Jujur Peniaga, Tepung Lagi Banyak Daripada Sotong

Pelanggan ditipu oleh peniaga makanan bukanlah sesuatu yang baru. Malah sering terjadi dan ramai yang sudah menjadi mangsa.

Iospital phone repair gombak

Antaranya karipap inti angin, makanan laut dicelup tepung tetapi isinya ‘ghaib’ dan banyak lagi.

Yang lebih menyakitkan hati, sangat jelas kebanyakan peniaga sekarang menjual tidak ikhlas dan hanya ingin mengaut keuntungan semata-mata.

Persis kejadian yang berlaku kepada seorang pengguna TikTok, @racuntiktokmalaysia89 yang kecewa sotong goreng tepung dipesannya hanya indah khabar dari rupa!

Menerusi video yang dikongsi, individu berkenaan dilihat mencarik isi tepung dan menemui sotong yang sangat kecil, tidak berbaloi dengan harga yang dikenakan.

Malah isi tepung sahaja yang lebih, sotong yang dimasukkan kecil. Dia turut sempat memohon kepada peniaga di luar sana agar tidak melakukan kesalahan yang sama.

“Tolonglah peniaga, dah lah mahal, sotong pulak kecil. Tak tergamak nak makan!” tulisnya kesal dengan sifat tidak jujur peniaga kedai yang dikunjunginya.

“Tak tahu nak sedih ke nak gelak”, luahnya lagi menerusi rakaman yang dibuat.

Ketika meneropong ke ruangan komen, rata-rata terkejut melihat isi dalam tepung berkenaan. Malah kata netizen, mereka turut pernah mengalami hal yang sama.

Dalam pada itu, tak kurang juga yang berseloroh mengatakan peniaga ingin individu berkenaan bermain sukaneka cari sotong dalam tepung.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“Dia suruh cari sotong di dalam tepung 🤭🤭🤭🤭”

“beli tepung dn sotong masak sendiri baru puas makan”


“ni cucur sotong”

“😂😂😂 bayar tepung je…x berbaloi..teman pun dh kena…kayo2 yg niaga mcm ni..”

“acara sukaneka…cari sotong dalam tepung😂😂..”

“Mcm mna nk support org kita kalau mcm ni”

“Cari & menang😂😂”

Video yang tular di laman TikTok

@racuntiktokmalaysia89 TAK TAHU NAK SEDIH KE NAK GELAK 😅#fyp ♬ Laper Laper Ha – Faiha