Tak Tahu Parking Dekat Tapak Bazaar Ramadhan, Kereta BMW Stuck Disebalik Khemah Peniaga

Bila menjelang bulan ramadhan, banyak bazar yang boleh kita kunjungi untuk mencari pelbagai juadah bagi berbuka puasa.

Memang ramai yang pergi ke bazar kerana ianya lebih mudah dan mempunyai pelbagai menu yang tersedia. Mahu apa sahaja, semuanya ada. Jadi tidak hairan lah ada bazar yang sangat sesak dan ramai.

Disebabkan itu, ramai yang mengingati antara satu sama lain agar lebih hati-hati apabila parkir kenderaan kerana boleh jadi itu adalah tapak bazar dan akhirnya kereta ‘terperangkap’ di sebalik khemah-khemah peniaga bazar.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana sebuah kereta ‘stuck’ dalam bazar ramadhan mencuri perhatian ramai.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @Newswav, kelihatan sebuah kereta BMW terperangkap di sebuah bazar yang diperzayai di TTDI Kuala Lumpur.

Difahamkan, owner kereta tersebut tidak tahu bahawa ianya merupakan tapak bazaar ramadhan dan dapat kita lihat dia cuba untuk keluar daripada bazar tersebut namun ianya menjadi sukar apabila telah banyak khemah dipacakkan dan pengunjung yang tiba pada ketika itu.

Video yang tular di laman TikTok:

@newswav BMW parked at wrong spot! now surrounded by bazaar food 😋 #fyp #bazaar #BMW #malaysia ♬ original sound – Newswav

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen tidak menyalahkan pemandu tersebut kerana mungkin dia tidak tahu disitu merupakan tapak baazar ramadhan dan mungkin ia merupakan pertama kali dia datang ke tempat itu.

Dalam masa yang sama, ramai juga dianatara netizen berkongsikan pengalaman yang lebih kurang sama dimana terperangkap di dalam bazaar dan pasar malam.

Berikut merupakan komen warga maya:
“nk salahkn dia pon x boleh sbb mungkin 1st time park situ”

“Dulu aku pernah kena terperangkap dkat psar malam. Event tu dari pagi, nak balik jam 5pm tahu2 dah start pasang khemah semua dkat spot parking”

“Yes agree mungkin dia tak tahu spot tu port bazar. Saya pernah lalui keadaan ni dekat kl pasar malam sampai dorang patahkan side mirror”