Pemandu Bas Masih Hantar Penumpang 2 Minit Sebelum Berbuka, Peniaga Beri Sedikit Juadah Raih Pujian Netizen

Berpuasa dalam bulan ramadhan juga dituntut oleh islam dan mempunyai pelbagai kebaikan apabila terutamanya ia mengajar kita erti bersyukur.

Seperti yang kita tahu, hukum menyegerakan berbuka puasa apabila ketika azan maghrib dilaungkan adalah sunat. Pun begitu, ada juga sesetengah pekerjaan yang memerlukan kita untuk menghabiskan ‘trip’ dahulu sebelum berbuka sepertiemandu E-hailing, Teksi, Bas dan juga penghantar makanan.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang peniaga memberikan sedikit juadah untuk pemandu bas berbuka puasa mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @umarfaruq3993, kelihatan waktu sudah hampir untuk berbuka puasa namun ada sebuah bas yang masih menghantar penumpang.

“2 minit sebelum azan maghrib dikumandangkan, abang bas masih lagi on duty hantar penumpang..jadi kami bagi sedikit juadah berbuka supaya dapat berbuka di awal waktu sebelum sampai ke tempat rehat beliau..”

“sanggup berbuka dalam bas demi menghantar penumpang supaya selamat sampai ke destinasi..besar sungguh pengorbananmu berkhidmat pada penumpang.. terima kasih abang bas dan rapidKl kerana khidmatmu untuk orang ramai..”

“Alhamdulillah besar pengorbanan mereka, semoga kalian semua diberi kesihatan, kesenangan, kebahagiaan dan dipermudahkan urusan Dunia dan Akhirat ” ujarnya di ruangan kapsyen

Video yang tular di laman TikTok:

@umarfaruq3993 Alhamdulillah besar pengorbanan mereka, semoga kalian semua diberi kesihatan, kesenangan, kebahagiaan dan dipermudahkan urusan Dunia dan Akhirat #pepesayam #airnirakelapa #airnirakelapalaut #airniranipah #airtuakkurma #bangjaymart #ayampercikputih #fypage #pausedap #supportbisneskecil #fyp #airbalangviral ♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 5763 tanda suka, 183 komen dan 46 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum dengan sikap peniaga ini yang berkongsi rezeki dengan abang bas ini.

Dalam masa yang sama, para netizen juga turut mendoakan agar peniaga ini dimurahkan rezeki asbab berbuat baik terhadap orang lain apatah lagi pada mereka yang sedang berpuasa.

Antara komen warga maya:

“semoga Allah bagi ganjaran pahala yang banyak serta rezeki yang melimpah ruah”

“contoh terbaik untuk anak2”

“terbaik rezeki dikongsi bersama”


“bulan puasa ni banyak video baik2 kita boleh muhasabah diri.. Alhamdulillah”