“Tak tahu nak focus mana 1” Banyak Kejadian Berlaku Pada Waktu Sama Buat Netizen Ulang Tengok Sampai Kering Gusi!

Hidup ini ibarat ‘surprise box’, kita tak akan pernah tahu apa yang bakal terjadi pada masa akan datang. Kadang kala, perkara spontan itu juga boleh membuatkan kita sama-sama terhibur.

Iospital phone repair gombak

Begitu juga dengan video yang tular di laman TikTok baru-baru ini di mana memaparkan suasana jalan raya yang dipenuhi dengan kenderaan lain dan kelihatan sebuah kereta Proton Satria berwarna merah dipenuhi asap tebal.

Akibat asap yang tebal itu, seorang lelaki bertindak menggunakan tong pemadam api memecahkan tingkap kereta tersebut dipercayai bagi mengurangkan asap yang tebal itu.

Tidak cukup dengan itu, apa yang membuatkan warga netizen berasa geli hati melihat video ini apabila banyak lagi kejadian lain yang berlaku dalam video tersebut pada waktu yang sama!

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @johnkelabu30 itu, selain kejadian kereta tersebut, jika diperhatikan dengan teliti terdapat seorang lelaki pula yang terjatuh ke dalam longkang.

Hampir separuh badannya termasuk ke dalam longkang tersebut.

Kemudian, kelihatan pula seorang lelaki yang berjalan mendekati tanda jalan lalu tanpa disedari kepalanya pula terhantuk pada papan tanda jalan berkenaan.

Bukan itu sahaja, video tersebut juga dipenuhi teriakan orang ramai di kawasan kejadian yang aneh itu.

Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video TikTok berkenaan telah berjaya meraih sebanyak 3.9M tontonan, 299.4K tanda suka dan 7322 komen.

Menjengah di ruangan komen, orang ramai turut terhibur melihat pelbagai kejadian yang terjadi dalam satu masa itu sehinggakan warganet juga berseloroh mengenai kejadian tersebut.

Antara komen netizen:

“HAHAHHAHAHAH WEH UNEXPECTED GILE BNYK BETUL BENDE JADI 😭😭”

“tak masalahnya orang yang jalan tu dah kenapa sampai langgar papan tu”


“Banyak betol nak kena cerita kat video ni 🤣 HAHAHAHA

“bina lima ayat berdasarkan video diatas 🥰”

“sampai tak tahu mana nak kesiankan ker atau nak ketawakan dulu😂”

Video TikTok yang tular:

@johnkelabu30 Dlm satu vid ade byk kejadian#fypp #fyp #uniklbangi #kptmbangi ♬ bunyi asal – hfzlhzm03 – johnkelabu30