Tular Lelaki Borong Semua Jualan Seorang Budak, Siap Bantu Kira Guna Kalkulator Undang Sebak Netizen

Setiap insan diberikan ujian yang berbeza, jalani hidup dengan penuh cabaran. Apa pun yang telah ditakdirkan buat kita, ada hikmah tersirat di sebaliknya.

Iospital phone repair gombak

Baru-baru ini, tular sebuah video yang dimuat naik di laman TikTok mengenai perkongsian seorang lelaki terjumpa dengan seorang budak lelaki yang menjual keropok bagi meneruskan kehidupannya.

Sedangkan pada umur semuda itu, dia patut menikmati zaman persekolahan bersama rakan-rakannya akan tetapi dia lebih memilih untuk berniaga dan mencari rezeki.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna @lopez.budak.baik itu, dia terjumpa budak lelaki tersebut di hadapan sebuah kedai 7 Eleven.

Pada waktu itu, budak lelaki tersebut dilihat sedang tertidur menangkup mukanya bersama jualannya di sisi.

Lopez mengejutkan budak lelaki tersebut dan bertanyakan mengenai harga keropok yang dijualnya.

Lalu dia berhasrat untuk membeli kesemua keropok yang dijual oleh budak lelaki berkenaan sebagai tanda sokongan.

“Tadi saya jalan mahu beli barang. Hujan kuat dan ada ribut petir lagi. Ternampak budak ni menjual di kaki lima. Macam penat sudah dan dia duduk depan 7 Eleven. Saya dekat dia, dia cerita dia datang jual keropok setiap hari ikut pak cik dia.

“Katanya, umur 11 tahun dan tidak bersekolah dan hanya pandai membaca sedikit-sedikit. Lepas tengok dia, saya decide untuk beli semua keropok dia. Dia tak pandai tekan kalkulator, last-last saya yang kirakan,” jelas Lopez mengenai kisahnya yang bertemu dengan budak lelaki itu.

Lopez juga siap bertanyakan jika masih ada stok keropok yang tidak dikeluarkan lagi dan menyuruhnya untuk mengeluarkan semua stok yang ada.

Bukan itu sahaja, Lopez turut memberikan budak lelaki itu satu not RM 10 lebih untuk dibuat belanja makan.

Tindakan ini dilakukan oleh Lopez kerana dia ingin sekali membantu budak lelaki tersebut semampu yang boleh dengan membeli sebanyak yang dia ada.

“Orang tertentu sahaja akan faham bila semua jualan untuk hari tu habis terjual,” tambahnya lagi.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet melafazkan ucapan terima kasih kepada Lopez kerana membantu budak lelaki tersebut dengan penuh empati dan mendoakan agar Lopez dimurahkan rezeki selalu.

Antara komen netizen:

“assalamualaikum semoga AbG d murah kn rezeki nya..amin”

“God bless your kindness abg….semoga murah rezeki dan boleh membantu lebih banyak lagi org lain yg memerlukan. 😁”

Video yang tular:

@lopez.budak.baik tak perlu tunggu kaya untuk berkongsi rezeki.. Semoga adik mamat akan lebih sukses dimasa hadapan ya😇.. maaf sebab tak banyak🥺.. sy hanya orang sederhana.. #berkongsirezeki ♬ Sad and lonely – MoppySound