“Sampai ke dapur..” Rider Foodpanda Siap Tolong Bungkus Makanan & Buat Air, Niat Bantu Kedai Kekurangan Pekerja

Seperti yang kita sedia maklum, kebanyakan premis makanan mengalami masalah kekurangan pekerja sehinggakan mereka terpaksa kerja dengan lebih keras.

Iospital phone repair gombak

Lebih-lebih lagi jika terdapat pesanan daripada servis penghantaran makanan yang memerlukan pesanan itu siap dengan segera dan terus hantar kepada pelanggan dalam tempoh waktu yang ditetapkan.

Walau bagaimanapun akibat kekurangan tenaga pekerja, kebanyakan operasi premis makanan menjadi semakin perlahan dek lambakan pesanan kedai itu.

Oleh hal demikian, tular sebuah video di laman TikTok yang dimuat naik oleh pengguna @syafizat21 yang memaparkan seorang penghantar makanan ataupun ‘rider’ membantu seorang pekerja di sebuah kedai makan menyiapkan pesanan mereka.

“Dari kena sidai 1 jam, better bangun buat sendiri,” jelasnya.

Bagi rider tersebut, dia sudah terbiasa berbuat begitu kerana kenal dengan pengusaha kedai makan tersebut.

Bukan itu sahaja, kedai makan itu juga merupakan tempat lepak bagi kebanyakan mereka, rider Foodpanda di kawasan berkenaan.

Menerusi video tersebut dapat kita lihat seorang rider sedang membungkus nasi dan ada juga yang sedang menyediakan air di dapur belakang.

Dapat dilihat bahawa mereka bantu-membantu antara satu sama lain dengan ikhlas.

Sekdar info ketika artikel ini sedang ditulis, video tersebut telah mengutip sebanyak 1.9M tontonan, 202K tanda suka dan 2040 komen.

Menjengah di ruangan komen, warga netizen berasa terhibur melihat sekumpulan penghantar makanan itu membantu menyiapkan pesanan bahkan ada yang buat air di dapur.

Tidak cukup dengan itu, ramai orang memberikan pujian terhadap kebolehan rider di Malaysia kerana masih gigih membantu tuan kedai menyiapkan makanan walaupun itu tidak termasuk pun dalam skop kerja mereka.

Antara komen netizen:

“Sebenarnya..dia tu mmg keja situ..rider fp tu part time jer😂😂😂 kita husnuzon 😂😂😂”


“food panda skrg bukan je htr mkn. siap tlg sediakan makanan lagi utk htr. memang next level”

“Memang respek rider² gini. Dari marah² seller, dia terus selesaikan masalah. Harmoni je. Masing² cari makan.”

Video TikTok yang tular:

@syafizat21 Dari kena sidai 1 jam, better bangun buat sendiri 🤣 #fyp #malaysia #panda #foodpandamalaysia ♬ original sound – Syahmi Afiezzat