“Tak tahu mana silap” Bubur Untuk Disedekah Penuh Dengan Selipar, Pemuda Ini Luah Rasa Kecewa

Pada bulan puasa yang penuh barakah ini, ramai diantara umat islam yang berpusu-pusu untuk melakukan amal ibadah seperti membuat kerja amal dan bersedekah kerana ganjaran pahala yang diberikan berlipat kali ganda di bulan ramadhan yang mulia ini.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana niat seorang lelaki untuk bersedekah tidak kesampaian apabila dia menemukan selipar di dalam tong bubur mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seornag pengguna TikTok iaitu @ashhryyyyy, kelihatan seorang lelaki merakam sebuah tong yang berisi bubur kacang untuk disedekahkan.

Pun begitu, apa yang membuatkan ramai terkejut adalah terdapat beberapa pasang selipar di dalam tong bubur kacang tersebut.

Dia juga meluahkan rasa sedihnya apabila dia bertungkus lumus untuk membuat bubur tersebut namun dikhianat seperti itu oleh insan yang tidak berhati perut.

Bukan itu sahaja, pemuda ini juga bingung dimana dan apa silap yang dilakukan sehingga ada manusia yang berbuat demikian.

“Every 2,3 days my sister akan buatkan satu tong bubur kacang atau bubur pulut hitam untuk aku sedekah every customer yang datang makan.

“Jauh perjalanan setiap hari dari tanjung sedeli ke bandar johor.” Kata lelaki ini

“Tak tahu mana silap, cuma takde rezeki. Sayang sangat, rasa sedih sebab bukak bukak ada selipar, mask memang completely tak boleh makan, takkan nak diam diam bagi customer je.

“Tak tahu siapa yang buat macam ni. Takpelah, mungkin takde rezki today ada rezeki hari lain.” Ujarnya di ruangan kapsyen

Video yang tular di laman TikTok:

@ashhryyyyyEvery 2,3 days my sister akan buatkan satu tong bubur kacang atau bubur pulut hitam untuk aku sedekah every customer yang datang makan. Jauh perjalanan setiap hari dari tanjung sedeli ke bandar johor. Tak tahu mana silap, cuma takde rezeki. Sayang sangat, rasa sedih sebab bukak bukak ada selipar, mask memang completely tak boleh makan, takkan nak diam diam bagi customer je. Tak tahu siapa yang buat macam ni. Takpelah, mungkin takde rezki today ada rezeki hari lain. // 😣

♬ Sesungguhnya2019 – Alif Satar & Raihan

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 2.6M tontonan, 102.1K tanda suka, 2993 komen dan 1579 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen sedih melihat kekejaman manusia yang sanggup membuat khianat pada orang lain apatah lagi makanan tersebut adalah untuk disedekahkan.

Dalam masa yang sama, netizen berharap agar pemuda tersebut terus kuat untuk terus bersedekah walaupun diuji sebegitu.

Antara komen warga maya: