Selamba Pegang & Usap Tikus, Budak Lelaki Ini Siap Bawa Tidur Bersama Buat Netizen Terhibur

Tidak dinafikan, anak-anak sering melakukan perkara di luar jangkauan ibu bapa apatah lagi pada usia dimana dia ingin meneroka segala benda. Tentunya ibu bapa ‘pening’ melayan telatah anak anak yang pelbagai ragam bukan?

Macam kita tahu, selalunya anak-anak akan mudah geli dengan lipas, tikus bahkan ada yang lari tak cukup tanah apabila melihat haiwan seperti ini .

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana budak lelaki ini selamba menangkap tikus mencuri perhatian ramai.


Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @indomieee, kelihatan budak lelaki tersebut membawa seekor anak tikus dengan memegang ekornya kehulu kehilir di dalam rumah.

Dia juga sempat menunjukkan kepada ibunya tempat dimana dia menjumpai tikus tersebut sambil membuat bunyi tikus.

Apa yang lebih membuatkan ramai terhibur adalah dia membuat bunyi tikus namun bunyi tersebut tidak sama dengan bunyi tikus yang sering kita dengar.

‘Tadi bunyi tuk tuk tuk tuk’ ujarnya yang penuh yakin dengan bunyi tikus tersebut

Menurut sebuah lagi video lain, kanak-kanak tersebut juga sempat membawa tikus tersebut untuk tidur. Lihat lah cara dia pegang dan usap tikus tersebut seolah-olah tidak takut dan langsung tidak berasa geli.

Video yang tular di laman TikTok:

@gimmeyourlastname_“tadi bunyi tuk tuk tuk tuk” padahal bunyi nya cit cit cit🥲

♬ suara asli – indomieee

@gimmeyourlastname_boboin tikus duluu guys

♬ Goyang Upin & Ipin – Upin & Ipin

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 9.1M tontonan, 1.1M tanda suka, 26.2K komen dan 28.5K perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warna netizen terhibur melihat telatah comelnya yang ‘confident’ membunyikan tikus tersebut.

Dalam masa yang sama, para netizen juga memuji sikap beraninya kerana ada dikalangan warga netizen yang akan lari tak cukup tanah apabila melihat tikus kerana berasa geli.

Antara komen warga maya: