Tak Tahan Sebak Tinggalkan Kembar, Kakak Terus Turun Pelamin Peluk Adik Buat Ramai Luluh Hati

Ikatan adik beradik kembar sememangnya sangat rapat kerana dilahirkan dalam satu rahim yang sama juga pada waktu yang sama.

Iospital phone repair gombak

Bagaimanapun, akan tiba suatu saat di mana pasangan kembar ini harus berjauhan demi sebab-sebab tertentu.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini di laman TikTok apabila pasangan kembar bernama Ain Darwina Noor Azman dan adiknya Allif Danial saling berpelukan di majlis perkahwinan Ain membuatkan ramai warganet berasa sebak.

Berdasarkan laporan MStar, Ain menceritakan semula kejadian yang meluluhkan hati itu di majlis perkahwinannya yang telah dilangsungkan pada 27 Januari yang lalu.

“Lepas saja tok kadi (jurunikah) cakap sah, saya okey saja tak menangis tapi ada juga terpandang kembar masa tu.

“Terus datang perasaan sebak tengok dia menangis teresak-esak dekat belakang dewan. Saya abaikan saja sebab tak nak terikut-ikut sangat dengan emosi.

“Macam dalam video tu, sepatutnya Allif datang tangkap gambar dengan saya tapi dia tak tahan sebak. Masa tengok dia menangis tu terus saya turun dan peluk dia,” terang Ain.

Difahamkan, apa yang membuatkan Ain berasa lebih sebak adalah apabila Danial menitipkan pesan buatnya agar sentiasa taat kepada suami.

“Sebelum kahwin, Danial tak ada pesan apa-apa pun. Tapi masa saya peluk tu dia cakap jangan garang-garang atau kasar dengan suami.

“Dia pesan supaya saya jadi isteri yang baik. Kalau suami ada buat apa-apa, Danial suruh call dia.

“Saya terus menangis apabila dengar dia pesan macam tu,” cerita Ain.

Ain turut menceritakan mengenai adik kembarnya itu yang sifatnya ‘protective’ dan sentiasa menjaga Ain dengan baik.

“Kami dilahirkan dalam jarak masa lapan minit. Danial merupakan adik saya dan kami ada seorang lagi adik bongsu. Saya dan Danial sebenarnya tak rapat tapi kami selalu ada untuk masing-masing.

“Contohnya masa saya sakit dialah yang terpaling risau walaupun selepas seminggu tu dia pula sakit.

“Kalau kawan-kawan dia nak berkenalan dengan saya, dia akan cakap saya ni girlfriend dia,” ujarnya lagi.

Di samping perkongsiannya itu, Ain sempat meninggalkan pesanan buat adik kembarnya.

“Saya post video tu saja-saja sebagai kenangan. Apa-apa pun saya berterima kasih sangat dekat Danial sebab banyak jaga dan ada untuk saya pada setiap masa.

“Kami tahu apa yang kami lalui dan akan lalui bersama walaupun dah jauh.

“Hati dan jiwa kami tetap akan bersama, lagi pula kami kan kembar. Kita ‘buka langkah’ pertama dalam hidup pun bersama.

“Jadi kita akan tetap bersama hingga ke syurga. I love you my reflection,” katanya.

Video TikTok yang tular:

@lyfeaa00 23 tahun kite membesar same2 .. thank you sebab jadi kembar terbaik untuk aku.. thank you so much my reflection ✨ #fypdongggggggg #fypシ #foryoupage #tiktokmalaysia #fypシ゚viral🖤tiktok #viral ♬ Sayang Sampai Mati – Repvblik